Foto: Remaja |
Kasthuribai a/p M.Sattayappan, 45, berkata, kejadian tragis itu berlaku didepan matanya sendiri malam semalam di Flat PPR Seri Pantai.
Menurut ibunya, dia bersama anaknya bongsunya itu, Satiswaran turun ke bawah flat berkenaan kerana anaknya mahu membeli kad tambah nilai untuk membuat kerja sekolah.
Namun, kad tambah nilai yang ingin dibeli tiada. Mendiang Satiswaran mendekati ibunya secara berhadapan di hadapan lif dan secara tiba-tiba sebuah kerusi yang didakwa dibaling dari tingkat 21 menghempap kepala mangsa sehingga terbelah.
Foto: Remaja |
Kasthuribai yang masih dalam keadaan trauma, sering berkata mengapa anaknya dibunuh sedangkan anaknya tidak pernah mengganggu sesiapa.
"Ini bukan soal nyawa orang India, bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina, tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain," ujarnya
"Ini bukan soal nyawa orang India, bukan juga soal bangsa Melayu atau Cina, tetapi kejadian ini melibatkan satu nyawa remaja yang langsung tidak berdosa kerana kecuaian orang lain," ujarnya
Katanya, hari ini nyawa anaknya sudah melayang kerana sikap bodoh orang lain yang mengambil jalan mudah membuang kerusi yang sudah rosak itu dari tingkat atas tanpa menghiraukan keselamatan orang lain yang berada di bawah.
"Ada mangsa kena 16 jahitan, ada kena 6 jahitan. Kita semua ada hati, hari ini anak saya sudah mati dan nyawanya tidak mungkin boleh datang semula. Tapi apa kita boleh buat? Apa peranan kita semua?" katanya
Difahamkan, mayat mendiang Satiswaran masih berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk upacara pengkebumian.
Nenek kepada mendiang yang tinggal di tingkat 21 berkata, dia tahu dan kenal dengan kerusi yang menimpa kepala cucunya dan dikatakan adalah milik jirannya yang diletakkan di luar rumah.

Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
Nak tahu minyak wangi lelaki yang paling best? Klik Link.
BalasPadam