Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Logik Ke Air Boleh Meresap Ke Paru-Paru Melalui Kulit dan Mulut?'' Doktor Ini Jawab Mitos Mengarut Mandi Malam Yang Jadi Kepercayaan Masyarakat

22 Jan 2018

Masyarakat melayu memang sinonim dikaitkan dengan mitos atau kepercayaan turun-temurun yang masih diamalkan sehingga kini. Paling terkenal mitos berkaitan mandi pada watu malam. Istilah jangan mandi malam nanti paru-paru masuk air, merupakan larangan atau nasihat yang biasa kita dengar dan patuh sejak dari kecil.

Kepercayaan yang diwarisi dari generasi terdahulu ini telah membentuk kebiasaan mandi masyarakat kita. Sehingga kita dewasa, mitos tersebut masih kedengaran dan kita juga akan berpesan perkara yang sama pada anak-anak.

Tapi sejauh manakan kebenaran mitos ini? Perkongsian daripada doktor Rafidah Abdullah melalui laman facebook beliau diharap dapat memberi penjelasan kepada masyarakat tentang perkara yang sebenar. Selepas ini anda tidak perlu risau lagi untuk mandi pada waktu malam kerana mandi bukan menjadi penyebab paru-paru berair atau masalah kesihatan lain.

Jom kita baca perkongsian beliau di bawah ini. Moga bermanfaat.

MITOS MANDI YANG TAK HABIS-HABIS


Mandi adalah antara mitos terbesar sebenarnya. Tak faham saya kenapa jadi sampai begini sekali. Mungkin sebab orang lama-lama mandi di perigi kot; jadi tak boleh pergi malam-malam sebab takut jatuh ke dalam. Mohon jangan percaya apa-apa yang anda baca di media sosial. Semuanya tidak bertanggungjawab langsung.

Saya beri beberapa contoh “air” di dalam paru dalam ilustrasi gambar-gambar yang saya dapat dari internet. Anda kena faham "paru-paru berair" didalam istilah perubatan ada beberapa terma: pulmonary oedema, pleural effusion, pneumonia; semuanya bukan sama ! Ya memang pemahaman masyarakat semuanya dikata “paru-paru berair”. Bagi kami pengamal perubatan, kami perlu tahu lebih spesifik; air itu berada di rongga mana dan didalam konteks penyakit apa.




Pulmonary oedema ialah air terkumpul didalam ruang alveoli bila ada antaranya penyakit lemah jantung (jantung tidak boleh pam dengan baik dan air tersangkut didalam paru-paru) juga penyakit kronik buah pinggang (air berlebihan tidak dapat dibuang oleh buah pinggang) . Pleural effusion juga air; tetapi didalam rongga diantara selaput dan organ paru-paru sendiri. Contoh penyebab lemah jantung, sirhosis hati, nephrotic syndrome dan beberapa lagi. Untuk pneumonia (jangkitan kuman) pula, inflamasi alveoli menjadikan terhasilnya air yang juga mungkin bertakung sedikit bersama dengan penyebab jangkitan itu disitu.



Kesemua penyebabnya berlainan; tetapi satu yang pasti: BUKAN SEBAB MANDI. Yang kami tahu:

1. Tiada waktu yang tidak boleh mandi. Bagi saya, tidur malam lagi nyenyak lepas mandi.

2. Tiada istilah badan lebih panas lepas waktu asar. Kalau panas seperti demam pun, mana mungkin badan jadi lelah dan penat selepas mandi. Tidak wujud istilah badan lelah. Mengarut saja.

3. Jantung kita TIDAK menjadi lemah selepas Maghrib. Jantung kita pam 24 jam, setiap saat dengan kadar yang sama! Aduh.

Macamana pulak air boleh meresap terus masuk ke paru-paru? Melalui mulut? Melalui kulit? Logik pun tidak.


4. Jantung kita tidak istirehat. Kalau istirehat, maksudnya terus “jalan” lah jawabnya. Jantung berhenti = kematian.

5. Jantung kita TIDAK boleh dimasuki air jika mandi. Anda buka paip terus masuk paip terus ke jantung ke? Tentu tirai, kan? Kalau ada air dalam selaput jantung iaitu entiti “pericardial effusion” ianya disebabkan penyakit seperti barah, tuberculosis, autoimun dan beberapa lagi. Aduhai.
Mandi lah bila nak mandi pun. Jangan di biarkan badan anda busuk. Kesian orang sebelah.
Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "