Khao Yai adalah salah satu daripada daerah yang paling cantik di Thailand, hanya 3 jam memandu dari Bangkok. Khao Yai juga dikatakan sebagai mini Europe dengan taman bunga yang luas, replika rumah hobbit dan struktur arkitektur bertemakan Itali.
Selama 9 hari di bumi Thailand, kami bermula dari Penang - Bangkok - Aranyapratet - Khao Yai - Bangkok - Penang.
Tp post ini sy nak cerita dari Aran ke Khao Yai shj. Untuk ke Khao Yai jika dari Aranyapratet, makan masa 3jam setengah dgn memandu kereta dan utk balik ke Bangkok, makan masa 2 jam memandu.
Khao Yai adlh satu tempat yg sejuk dan berangin. Di sini juga ada wind turbine jika dari Pak Chong utk ke Baan Suan Noi (Hobit House). Ada tasik dan Park di sebelah kiri.
Dari Aranyapratet ke Khao Yai, kami berpeluang untuk singgah ke 'The Verona in Tubland'. Tempat ni sangat cantik untuk bergambar. Perjalanan diteruskan dan kami dapat singgah di Flora Park, tapi tak masuk sebab dah tutup. Rupanya pukul 6 pun dah gelap.
Jalan raya di sini sangat selesa dan selamat. Tandas banyak didapati di stesen minyak. Pemanduan dihidangkan beberapa pemandangan yang menarik. Ada tasik, ladang2, ada banyak bunga-bunga ditanam di halaman rumah penduduk di sini. Di daerah Prachinburi, jalan raya agak mendaki dan bengkang bengkok. Seperti naik ke kawasan tanah tinggi Cameron Highland.
Kami check in di The Goodville Cottage, Pak Chong. Jika menginap di Khao Yai, ianya berdekatan dgn attraction place tp jauh sedikit dari pekan kecil. Jika menginap di Pak Chong, ianya berdekatan dgn pekan kecil dan kedai2 tp jauh sedikit dgn attraction place. Tp tak la jauh mana. Makan masa dalam 10minit jer ke Khao Yai.
Ada banyak sangat tempat menarik di Khao Yai. Ini antara tempat yg kami sempat singgah bersama anak kecil kami.
- Sunflower Farm
- Panther Creek
- Primo Piazz
- Palio Khao Ya
- Baan Suan No
- Midwinter Gree
- Thames Valley
- The Chocolate Factory
- Farm Chok Chai
Banyak lagi tempat yg menarik ada di Khao Yai. Seperti Toscana Valley, My Ozone. Ada tempat yg kami just touch n go agak macam tak menarik jer kami beredar awal. Disarankan datang ke Khao Yai pd bulan Nov hingga January utk melihat sunflower blooming. Jim Thompson pula hanya dibuka pada tarikh tertentu dan boleh check dekat website.
Ada 3 tempat makanan halal yg boleh didapati antaranya Salasa Hill (berdekatan dgn attraction place Chocolate Factory, Palio Khao Yai) so kalau nk jln2 tmpat2 ni senang dah. Dekat kedai makan dan ada surau di Salasa Hill ni. Di Pak Chong pula ada Halal Friendly Mart. Boleh beli roti, makanan frozen dan minuman. Di hadapannya juga ada gerai halal. Lg satu kedai makan halal bertentangan dgn Farm Chok Chai. Kedai ni kami tak pergi tp dpt maklumat dari group BBM.
Kami banyak ingkar pda itinerary kerana mengikut mood anak dan mengikut tahap keupayaan kami juga. Kami lebih kepada nak shopping di Aran dan nak tgk bunga matahari jer sebenarnya. Di Bangkok pula, kami layan Chatuchak market dan beberapa night market seperti JJ Green Vintage dan Rot Fai Train Market.
Khao Yai, sebuah tempat yg menarik, penuh dgn english style dan Italian street. Very instagrammable. Amat sesuai untuk bawa anak kecil. Cuaca sangat nyaman dan sejuk. Kami pulang semula ke Penang menaiki train dari Station Hua Lamphong dan turun di Padang Besar.
Detail ada pd gambar. Jika ada apa2 pertanyaan boleh pm sy atau tinggalkan komen. Moga dpt menjadi rujukan dan panduan kpd rakan2 lain.
Siakapkeli.my
Sumber: Facebook Nur Diyana Farhana Sahariman
Siakapkeli.my
Sumber: Facebook Nur Diyana Farhana Sahariman
F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
BalasPadamminimal dp/wd 50rb
Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50
BalasPadam