Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lima Sifat Emak Dan Ayah Ini Buat Anak Menderita Dalam Diam - Dr Taufiq Razif

30 Jan 2018
Gambar Hiasan
30 Jan - Ibu bapa adalah role model yang paling dekat dengan anak-anak. Jadi ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk anak-anak jadikan panduan yang baik.

Bukan mudah sebagai ibu bapa untuk membentuk anak-anak kecil supaya dapat dibentuk dengan baik apabila pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui. Lebih-lebih lagi ketika zaman moden ini yang sarat dengan teknologi dan gadjet.

Ibu bapa perlu lebih mengamalkan teknik melalui gaya percakapan dan emosi yang baik kepada anak-anak. Menurut Doktor Taufiq Razif, ada lima sifat utama yang boleh membuat anak menderita dalam diam.

Dr Taufiq meletakkan Garang Terlampau sebagai poin yang pertama di dalam artikel beliau. Menurut Dr taufiq, tiada masalah untuk ibu bapa menjadi garang tetapi jangan berlebih-lebihan.

Anak yang memiliki ibu bapa yang garang mampu mematikan sifat inovatif dan kreatif anak-anak kerana setiap kali si anak mahu membuat satu idea yang terlintas di fikiran mereka akan diselubungi ketakutan.

Point yang kedua ditekankan oleh Dr Taufiq ialah, terlalu ego. Kadang-kala akan ada waktuinya si anak itu membuat benda yang betul. Tetapi disebabkan ego ibu bapa yang tinggi, buat mereka tetap ingin menyalahkan anak tersebut.

Gambar Hiasan
Jom ikuti perkongsian penuh dari Dr Taufiq Razif tentang 5 sifat ibu bapa yang mampu membuat anak menderita di dalam diam.

5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam

1. Garang Melampau

- Garang boleh tapi jangan sampai tahap bengis ( fierce ). Anak yang ada ibubapa yang bengis ni akan mati sifat inovatif dan kreatifnya kerana setiap kali si anak ni nak buat idea baru yang terlintas di fikiran, mereka akan diselubungi ketakutan. Yela, asyik kena tengking je bila nak buat benda yang 'pelik' di mata mak ayahnya.

2. Terlalu Ego

- Kadang-kadang akan ada waktunya si anak kita tu buat benda betul tapi disebabkan ego kita yang selangit tinggi ni buat kita rasa nak hukum juga si anak tu! Contohnya anak tegur kita tak solat lagi, kita pulak pergi pukul si anak tu kononnya biadap dengan orang tua. Akhirnya sistem judgment anak kita jadi tak seimbang, dah tak reti nak bezakan baik dan buruk.

3. Pendengar Yang Teruk

- Tanpa kita sedar bila dah lama jadi mak ayah ni kita ingat ilmu parenting paling terbaik adalah kena perbetulkan dan tegur si anak. Jadi kita cuba sedaya la tegur perangai buruk anak tanpa kita tahu pun bahawa kebanyakan anak ni bertindak liar sebab kita tak pandai mendengar luahan hati mereka. Jadi mereka bertindak liar sebab nak tarik perhatian kita dan supaya kita dengar rintihan hati mereka. 



Gambar Hiasan
4. Terlalu Sibuk

- Antara 5 Language Of Love yang diketengahkan oleh Dr Gary Chapman adalah Quality Time. Kadang-kadang kita tak sedar walaupun dah 10 jam kita bersama anak tapi kita sebenarnya dikira SIBUK juga bila perhatian kita pada anak cuma 10 minit je. Yela, 10 minit je eye contact kita pada mata si anak, selebihnya screen-contact dengan handphone dan TV. Anak kat tepi akhirnya jadi tunggul dan ditinggal sepi tak diperhati.

5. Lupa Nak Jadi Role Model

- Di awal perkembangan anak, mereka akan cari seseorang untuk ditiru. Mula-mula si anak akan tiru cara senyum kita, mimik muka kita, gaya berjalan kita hingga akhirnya dia akan cuba juga meniru akidah dan perbuatan kita. Itulah kekuatan Mirror Neuron. Tanpa kita sedar segala keburukan kita pun si anak kita TIRU TANPA KITA SEDAR. 


Kita suka minum manis, anak kita tiru. Kita suka cakap kotor anak kita pun guna perkataan kotor tu di sekolah dan jangan pelik kalau kita layan pasangan kita dengan teruk, anak kita pun turut sama layan pasangan hidupnya dengan teruk bila dah menikah nanti. 


Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, s4bun9 4yam, T0gel dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. Pinjaman untuk semua jenis tujuan
    Kami menawarkan minimum 10.000,00 euro kepada 20 juta euro
    Pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    Pinjaman
    Tempoh: sehingga 25 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman yang anda perlukan.
    Pelanggan mestilah
    berumur lebih 18 tahun
    Urus niaga ini 100% selamat untuk semua pelanggan
    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit, sila hubungi kami melalui e-mel:
    (leonardodorafinance@gmail.com)

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "