Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kakak Aku Biasa Je, Tapi Anak Dia Semua Bijak'' Lelaki Ini Kongsi Satu Amalan Mudah Yang Boleh Ibu Bapa Amalkan Setiap Pagi

18 Jan 2018


Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat anak yang dididik sejak dari kecil berjaya, hati ibu-bapa mana yang tidak bahagia. Bila melihat anak-anak orang lain yang cemerlang, kita bukan sekadar mahu tahu rahsia anak itu dalam belajar, tetapi juga bagaimana cara didikan ibu bapanya itu. Pernah tak kita terfikir rupanya ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu-bapa supaya anak menjadi bijak.

Perkongsian daripada Pengiran M. Nizam Rahman yang tular di media sosial hingga mendapat lebih dari 31 ribu perkongsian dalam masa sehari boleh dijadikan tips berguna untuk ibu bapa.

Beliau mendapatkan petua mudah ini dari kakaknya sendiri yang terbukti mempunyai anak-anak yang bijak. Bukan sahaja berjaya dalam akademik tapi juga sering menerima anugerah di sekolah. Ternyata, kakak beliau hanya mengamalkan satu petua ini sahaja kepada semua anak-anak setiap hari. Tinggal rajin atau tidak je ibu-bapa nak amalkannya.

Jom kita ikuti tips yang dikongsikan seperti di bawah ini. Mana tahu, anak-anak kita juga akan bijak dan berjaya. Tak salah kalau usaha. Moga bermanfaat untuk ibu-bapa di luar sana.

Hajat pada anak...

Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.

Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.

Caranya:

Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. "INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN"

*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.


Bila sampai part "KUN" (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung "FAYA KUUN".

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.

Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakan tekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.

Siakapkeli.my

Sumber : Pengiran M. Nizam Rahman
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "