Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Bekerjaya Kongsi Rahsia 'Breastfeeding' Baby Dengan Lancar Walaupun Jadual Padat

23 Jan 2018
2 ulasan

Setiap ibu yang bekerjaya pastinya memiliki dilema yang sama dimana kesukaran membahagi masa untuk mendidik anak, mengurus suami dan rumah tangga.

Satu perkara jelas yang bermain di fikiran para ibu yang bekerjaya ialah perasaan bersalah kerana tidak dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga berikutan tuntutan keadaan terutamanya wanita yang menyusukan anak sendiri.

Mengambil keputusan untuk menyusukan anak dengan susu ibu meskipun memiliki kerjaya merupakan tanggungjawab berat yang digalas dan perlu bersedia untuk menghadapi cabaran seperti jadual kerja yang terlalu padat.

Bagaimanapun, jika pembahagian masa dan persiapan telah dibuat dengan betul, pasti para ibu boleh melakukannya seperti pengalaman yang dikongsi oleh Puan Marlyana Termizi yang merupakan seorang doktor pelatih yang bijak membahagikan masa antara kerjaya dan menyusukan anak.

Mari kita ikuti perkongsian ini.


DOKTOR PELATIH (HO) DAN MENYUSUKAN ANAK

Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum ni saya rasa keberatan sebab rasa tak layak mahu berkongsi sebab susu cukup-cukup makan. Sejak ayyash 5 bulan setengah dah terpaksa campur dgn susu formula sebab jadual kerja yang terlalu pack sampai tak cukup makan

Tapi alhamdulillah sampai sekarang (7 bulan) saya masih lagi teruskn pam susu. Harapnya perkongsian ni dapat memberikan semangat untuk ibu-ibu diluar sana

Jadual harian saya sebagai doktor pelatih: 


  • Setiap hari perlu sampai di hospital sblum pukul 7 pagi. Paling awal saya pernah smpai pukul 5.30 pagi 
  • Pulang ke rumah kebiasaannya sekitar jam 10 malam, paling lambat pernah punch out pukul 12++ midnight (average working hours per day 15 hours)
  • Jadual oncall : 7 pagi smpai 12 tgh hari esoknya utk posting surgical....berbeza ikut posting
  • Kerja malam Pediatrik 7mlm - 7 pagi.


MENTAL PREP

- Sebelum masuk kerja, semasa tempoh berpantang kene ada aim yabg kuat nak exclusively BF for 6 month dan sampai 2 tahun nak breastfeed

TAHU KENAPA NAK TERUSKAN BF?

- Saya niatkn susu yang anak saya dapat akan menjadi darah daging dia dan saya akan dapat pahala berterusan.

- Manfaat susu ibu itu sendiri dari segi antibodi, IQ baby lebih tinggi, mengurangkan risiko jangkitan paru-paru pada tahun pertama dan macam-macam lagi.


KNOWLEDGE PREP 

- Frequency pump, latching(lekapan) bayi, direct feed, cara penyimpanan susu, power pumping semua boleh google atau boleh jumpa pakar laktasi.

- Yang ni PENTING, Kene banyak membaca sewaktu tempoh mengandung.

- Waktu menyusu anak pertama, saya struggle utk latch(lekapan) perfectly sampai jadi sore and irritated nipple, tapi saya teruskan penyusuan, tahan je sakit sampai nangis-nangis. After 2 weeks, dah tak sakit dan dah tahu teknik yang betul

- Menyusu waktu malam penting utk ransangan pengeluaran susu sebab hormon prolactin dikeluarkan pada waktu malam

- Jadi saya gagahkan juga waktu malam bangun 2-3 kali untuk menyusu

- Kalau penat sangat balik pukul 12 tgh malam, dan kerja esok harinya saya akan pump sebelum tidur dan mak mentua saya yang bangun untuk bagi susu (saya masih pjj dengan suami; suami masih di India) 


PERSEDIAAN BARANG KELENGKAPAN PENYUSUAN

1.BREAST PUMP

Saya ada dua pump susu. Satu pump susu yang bulky dan tahan untuk heavy work untuk letak di rumah sahaja. Satu lagi yang handfree dan sangat mobile. Dua-dua jenis dual pump, jimat masa.

Kenapa saya perlukan dua?

- Untuk jimatkan masa, pump susu mobile memang letak je dalam beg untuk ke tempat kerja, so takda peluang untuk tertinggal

- Sebelum pergi kerja, saya akan pump sekali, sebelum tidur kalau tak tidur dgn anak selepas balik kerja saya akan pump sekali

- Bila ad dua pump,dapat jimat masa untuk sterilize, boleh bawa terus pump yang dah siap sterilize ke tempat kerja. Tapi kalau ad satu sahaja pun dah cukup sebenarnya.



2. STERILIZER
- Ini sangat penting! Alhamdulillah, dapat hadiah sterilizer avent yang besar waktu bersalinkan anak first di india (terima kasih sangat pada adik-adik yang bagi, smpai sekarang masih berfungsi dan berguna setiap hari). Jimat masa untuk sterilize banyak-banyak botol sekaligus.

- Basuh botol-botol yang banyak dan pump susu equipment ambil masa juga, yang part ni sangat penting. MINTA TOLONG suami/ pembantu. Saya masih PJJ dengan suami tak duduk dengan suami sekali, jadi pembantu sangat diperlukan bagi situasi saya.


MACAM MANA BAHAGIKAN MASA

1. Saya WAJIBKAN diri paling minimum perlu pump sekali di tempat kerja, kalau dapat dua kali, sekali waktu solat zohor dan sekali waktu solat maghrib

2. Kebanyakannya saya dapat pump waktu tengah hari, saya tetapkan SETENGAH jam untuk solat, makan dan pam. Sambil makan, sambil pump, jimat masa banyak kat situ. Pending ward work yang tak settle had to be settle down before pm round sekitar pukul 2. Selalu je rasa mcm tak sempat, tapi paksa juga pump, HAK ANAK LEBIH PENTING. Kalau kene marah sebab buat kerja lambat telan je. Macam solat, tanggungjawab kita terhadap Allah SWT lebih penting. Takkan kita rela tuhan yang menciptakan kita marah berbanding pakar/specialist marah.

3. WAJIBKAN JUGA setiap kali sebelum pergi kerja pump sekali, masa diperlukan sekitar 10-15 minit utk pump. Jadi perlu bangun awal. Kalau jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja  jauh mungkin boleh pump dalam kereta kalau ada suami/ siapa-siapa yang hantarkan.

Sebelum pergi kerja pun wajib pump, tapi pernah jugak terbabas tidur tak sempat pump. Paling lambat bangun pukul 5.40 pagi.

Kalau dah lebih, tak sempat dah pam sebab saya perlu sampai ke tempat kerja sebelum pukul 7 pagi utk am review sebelum pakar round sekitar pukul 8.30 pagi.

Ayah mentua saya akan hantar dan ambil kalau jadual habis pukul 10 malam sebab takut saya mengantuk.

Jadi, selalu kalau pagi dah tak sempat untuk pam, saya akan pam dalam kereta walaupun perjalanan ambil masa dlm 10-15 min sahaja ke hospital.

INFORM



- Untuk HO2 kalau pergi pump susu, inform colleague, saya nak pergi pump susu. Kalau oncall lagi penting untuk inform, sebab kita akn menghilang minimum setengah jam.

- Kalau MIA (missing in action) tak inform, silap-silap perlu mengadap HOD (head of department). Kalau hospital tempat anda bekerja hospital rakan bayi means hospital tu, sangat menggalakkan penyusuan, kalau ada siapa-siapa mempersoalkan selalu MIA untuk pump susu, balas balik.


CUKUP MINUM AIR DAN MAKAN

- Tak perlu milk booster, jaga minum air sehari lebih 2 liter
- Makan on time( bagi saya susah sikit, tpi saya cuba curi2 masa untuk makan)
- Sambil makan sambil pump
Jimat masa!

Akhir sekali, setiap orang ada pengalaman dan cabaran berbeza-beza.. Saya respect setiap ibu yang mengandung dan melahirkan dengan bersusah payah.

Dan sokongan dari ahli keluarga sangat penting untuk menjayakan penyusuan susu badan

Harapnya perkongsian ni dapat memberikan idea dn semnagat utk saya dn ibu2 diluar sana meneruskn penyusuan


Wa'allahu a'lam

Sumber - Marlyana Termizi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "