Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Checklist Barang Persiapan Ibu Dan Bayi Untuk Digunakan Di Hospital

22 Jan 2018
One Comment

Ketika usia kandungan mencecah enam hingga ke tujuh bulan, pasti para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata sibuk membeli kelengkapan bayi dan persediaan untuk berpantang.

Barangan penjagaan bayi dan keperluan ibu semasa melahirkan amat penting untuk disiapkan sebelum ke hospital bagi memudahkan segala urusan bersalin.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan terjadi pembaziran dan tersalah beli barang kelengkapan, para ibu bapa dinasihatkan untuk membuat senarai barangan yang penting untuk dibeli.

Bagi mereka yang masih keliru dan kurang pasti mengenai barangan apa yang perlu dibeli dan dibawa ke hospital sewaktu ibu bersalin, jangan risau kerana Puan Nadyia Yaya telah berkongsi checklist keperluan baby dan mommy ke hospital menerusi laman facebooknya.

Mari kita baca perkongsian bermanfaat ini.

                                                             - Gambar Hiasan

CHECKLIST KEPERLUAN BABY N MOMMY KE HOSPITAL

Assamualaikum good morning semua.

Semalam sibuk packing barang baby and mommy. Hari ni saje nk share kta uolls apa yang perlu bawak ke hospital. Mommy terlebih rajin ni padahal boleh jer google. Semua benda ada sana yedak . Sapa nk baca, baca la ye.  Untuk 1st time nak jadi ibu, boleh la tengok-tengok.

Kalau boleh 1 almari nak angkut. Jenis aku bior bawak lebih, jangan kurang. Mana yang aku listed kat bawah ni, kalau korang rasa tak perlu bawak, tak payah bawak okay. Kalau ada yang kurang, tolong bagitau.

1. Checklist Barang Bayi 

Aku siap packing macam ni so senang tak payah nak meraba-raba dalam beg cari baju la, seluar la. Beg plastik ni beli dekat Ikea. Nanti boleh refill balik baju-baju yang dah kotor.


Setiap beg plastik ada :


  • Rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe)
  • Mitten&booties
  • Hat
  • Bedung
  • Pampers
  • Barut



  • Baju lengan pendek 2helai
  • Extra pampers
  • Extra mitten&booties
  • Extra bedung
  • Extra barut


Plastik sebelah tu pulak :

  • Towel
  • Selimut
  • Sapu tangan


Yang bawah tu dalam kotak:

  • Baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yuuyee, cotton bud)
  • Baby wipes
  • Botol susu ( incase nk pakai nanti, aku spare siap)


2. Checklist Barang Mommy




  • Baju 2 helai
  • Kain batik
  • Skirt
  • Towel
  • Shawl/ tudung sarung
  • Stocking
  • Breast pad
  • Maternity pad
  • Toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki)
  • Mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit)
  • Minyak tyt
  • Breast pump ( incase nk guna, spare jer)


Yang takde dalam gambar perlu bawak ( sebab tak beli lagi):


  • Nursing bra
  • Disposable panties
  • Nipple cream


3. Dalam Bakul


  • Thermos
  • Mug,pinggan, sudu
  • Horlicks 3in1
  • Biskut2
  • Kurma & air zam zam ( Takde dalam gambar)
4. Wajib Bawa



  •  Kad pengenalan
  •  Buku pink
  •  Yasin
  •  Charger, powerbank
  •  Handphone
  •  Bahan bacaan ( aku rasa tak sempat nak baca pun  saje la aku nak bawak. best buku nana ni semua bende dia cita dri cara nak push mcm mne, breastfeeding, dalam pantang. dah lama aku beli buku ni sebelum kawin lagi. Taktau la ada lgi ke tak. Kalau nk pinjam boleh jer hehe)
5. Bakul Berpantang


Yang ni pulak bakul baju baby and semua lah sebab aku berpantang kat rumah mak mertua. Bawak satu bakul ni jer. Semua boleh sumbat sbb besar. Berzip macam ni takde habuk masuk. Atas tepi boleh bukak. Beli kt kaison Rm25 rasanya. 

Sumber- Nadyia Yaya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "