Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bagaimana Cara Untuk Kenal Pasti Alat Penimbang Yang Diguna Peniaga Adalah Sah Untuk Elak Jadi Mangsa Penipuan

9 Jan 2018

Ramai yang tak tahu sebenarnya setiap alat timbang sukat yang diguna pakai oleh para peniaga sama ada di pasar malam mahupun di gerai tepi jalan sebenarnya perlu mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa selain turut mempunyai tempoh tentu sah penggunaannya.

Disebabkan tidak tahu ataupun tidak kisah, ramai daripada kita menjadi mangsa penipuan segelintir peniaga yang mengejar keuntungan secara keterlaluan termasuklah menipu dalam urusan sukatan dan timbangan.

Melalui perkongsian satu video di laman facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), terdapat pelbagai maklumat yang perlu diambil perhatian oleh pengguna bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa.

Didalam video tersebut, KPDNKK berkongsi maklumat bahawa para peniaga sebenarnya perlu mematuhi beberapa peraturan dalam penggunaan alat timbang sukat ketika menjalankan urusan perniagaan. 

Perniaga perlu memastikan alat timbang sukat yang diguna pakai mendapat pengesahan daripada Metrology Corporation Malaysia (MCM), sebuah badan yang ditubuhkan bagi membuat semakan dan membuat tentu sah terhadap semua jenis alatan menyukat dan mengukur yang diguna pakai dalam urusan perniagaan dalam negara.

Bagi pengguna pula, mereka boleh menyemak sama ada alat timbag sukat itu telah ditentu sah oleh MCM dengan melihat kepada satu pelekat bewarna hijau, kebiasaannya di lekat pada bahagian depan penimbang. 


Pada pelekat tersebut juga tertera satu tarikh yang menentukan tempoh sah laku alat timbang sukat tersebut untuk digunakan oleh penjual.

Jadi, kepada anda pengguna di luar sana, sila pastikan anda menggunakan hak anda sebagai pengguna dengan menuntut peniaga untuk menggunakan alat timbang sukat yang sudah ditentu sah oleh MCM selain ia masih dalam tempoh penggunaan yang dibenarkan.



Sumber : Facebook KPDNKK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "