Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Siapa Sangka Dengan Kedua-Dua Tangannya Kudung, Mangsa Letupan Bom Ini Berjaya Genggam PhD

16 Dis 2017

Pada umur 13 tahun, wanita ini kehilangan tangannya apabila menjadi mangsa letupan bom. Selain kehilangan tangan, pada usia sebgitu dia hanya mampu terbaring di katil selama dua tahun. Namun, siapa sangka gadis malang ini kini adalah seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Wanita bernama Malvika Iyer ini dilahirkan di Kombamkonam, India. Dia hidup dengan aman dan gembira sepanjang hampir 13 tahun di Bikener, Rajasthan.

Pada satu, tidak terlintas pun dalam dirinya bahawa dia bakal menjadi mangsa kepada satu letupan yang bakal mempengaruhi hidupnya secara keseluruhan pada 22 Mei 2002. Satu gudang senjata yang terletak di Bikener telah terbakar dan banyak senjata antaranya grenade bertebaran ke merata bandar dan salah satunya jatuh di kawasan tempat tinggalnya.


Pada usianya yang masih mentah, Malvika langsung tidak mengetahui bahawa senjata yang didekatinya itu boleh meletup dan meninggalkan memori hitam dalam hidupnya. Ketika kejadian, dia sedang mencari sesuatu untuk dijadikan tukul bagi mengetuk satu perhiasan pada seluarnya. Saat dia mengambil senjata tersebut dan menghentaknya, senjata tersebut telah meletup di tangannya.

Letupan tersebut telah menggemparkan warga sekitar dan orang ramai mula mengerumunginya. Ketika itu, mereka melihat tangan Malvika sudah pun putus namun tiada siapa pun yang menumpukan perhatian pada kakinya yang hampir terputus.

''Pakcik, pegang kaki saya. Ia hampir terputus dan jatuh,'' kata Malvika ketika itu.

Mavika ketika mengimbas kembali luka dan kesakitan yang dialaminya pada waktu memberitahu bahawa ia seperti dihiris hidup-hidup.

''Risiko jangkitan kuman pada kaki saya sangat tinggi akibat luka tersebut. Namun doktor lebih risau dengan jumlah serpihan grenad yang tertusuk dalam kaki saya. Jadi, luka itu dibiarkan terbuka dan ia mengambil masa selama tiga bulan untuk doktor mengubatinya,'' katanya lagi.

Malvika hanya terbaring selama dua tahun untuk sembuh dan memerlukan beberapa siri pembedahan untuk membolehkannya berjalan semula.

''Saya mengalami kejutan ketika itu disebabkan terlalu banyak anggota badan saya yang tersedera. Saya tidak dapat merasa apa-apa kerana 4 deria utama saya sudah pun rosak dan kehilangan 80 peratus darah. Apabila saya tiba dihospital, doktor yang merawat saya tidak pasti bahawa saya mampu hidup kerana ketika itu tekanan darah saya menunjukkan bacaan sifar.

''Dalam keadaan begitu, saya masih ingat saya memohon maaf kepada ibu saya kerana menyusahkannya. Kemudiaan saya memberitahu bahawa saya igin bertemu dengan seseorang. Saya fikir ini adalah pertemuan terakhir saya dengan rakan saya itu. Doktor tidak pasti sama ada kaki saya dapat diselamatkan atau tidak, terutamanya kaki kiri. Ia cuma tergantung, hanya sedikit kulis nipis sahaja yang memegangnya,'' katanya lagi.

Malvika mengambil masa selama 18 bulan untuk sembuh namun dia tidak menyangka hidupnya akan lebih sukar apabila kembali ke rumah.


Ketika peperiksaannya keluar, Malvika muncul pelajar paling cemerlang di peringkat negara apabila mencatatkan markah 100 peratus dalam subjek Sains dan Matematik hingga dijemput untuk bertemu dengan Presiden India, Dr A.P.J Abdul Kalam.

Malvika terus cekal dalam meneruskan kehidupan walaupun hidupnya penuh kekurangan apabila dia mendaftar diri di Kolej St. Stephens dan bergraduasi dengan lulusan Ekonomi. Selepas itu, dia melanjutkan pengajian di Delhi School of Social Work dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam subjek Kerja Sosial.

Semangat terus kuat dan dia mula melibatkan diri sebagai aktivis sosial dalam memperjuangkan nasib golongan kurang upaya.

Hari ini, Malvika adalah seorang pemegang PhD, penceramah motivasi antarabangsa, speker di TEDx dan model kepada banyak jenama pakaian khas untuk orang kelainan upaya.

Malvika turut berkongsi falsafah hidup yang dipegangnya iaitu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Scott Hamilton.

''Satu-satunya kecacatan yang ada adalah sikap yang buruk,'' kata Malvika yang merasakan bahawa kekurangan pada dirinya boleh dijadikan perisai dalam menentang sikap rendah diri.

Dalam satu kemas kini yang dimuat naik di laman sosial Twitter nya, Malvika turut berkongsi sekeping gambar yang menampakan bahagian tangannya yang kudung.

''Ucapkan hello kepada Dr. Malvika Iyer. Kepada yang bertanya bagaimana saya menaip status ini, perhatikan pada hujung tangan saya. Ada satu tulang kecil yang terkeluar. Malah saya menaip tesis PhD saya dengan anggota tersebut,'' katanya.



Malvika hari ini adalah seorang wanita yang sangat optimis dengan hidupnya selain menjadi contoh kepada kemampuan golongan kelainan upaya di peringkat antarabangsa. Dia amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh ibunya kerana tanpanya, dia mungkin tidak mampu berjaya seperti hari ini.


Sumber : Cocktail Zindagi
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "