Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Polis' Facebook, Tolonglah Jangan Ganggu Siasatan Pihak Polis

18 Dis 2017
3 ulasan

18 Dis - Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes mengakibatkan seorang lelaki maut selepas disyaki ditikam dan dilanggar ketika bergelut dengan sekumpulan penjenayah yang cuba melarikannya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Azman Ayob berkata tiada tangkapan telah dibuat pada masa ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan beberapa posting viral di media sosial meneganai status terkini kes tersebut.

"Maklumat telah ada tangkapan tidak benar. Hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan," katanya.

Beberapa posting di media sosial tersebar yang mendakwa gambar berkenaan dan suspek-suspek yang terlibat dengan kejadia tersebut telah ditahan.

Dalam kes tersebut mangsa yang berusia linkungan 30-an bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an berhenti di stesen minyak bagi mengisi angin pada tayar kereta.

Bagaimanapun, mangsa yang kereta jenis Volkswagen Polo meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada kiri selepas berlaku pergaduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

Sesiapa yang mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 dengan segera.


Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu
    minimal depo/wd hanya 50rb (F4ns Bett1ng)

    BalasPadam
  2. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di D*E*W*A*P*K agen judi terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "