Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda Yang Proteinuria Atau Kencing Berbuih Merupakan Tanda Awal Penyakit Buah Pinggang

18 Dis 2017

18 Dis - Tahukah anda bahawa air kencing berbuih merupakan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Rafidah melalui akaun Twitternya, beliau memuatnaik sekeping gambar teh tarik yang berbuih dengan kapsyen "Kalori teh tarik sebab susu pekat manis, Tapi kalau tengok toilet air kencing berbuih itu mungkin tanda awal penyakit buah pinggang." Apa punca kencing berbuih? Bagaimana pula cara merawatnya? Disini penulis kongsikan tentang apa itu kencing berbuih atau Proteinuria.

Setiap manusia di muka bumi ini pasti mempunya protein dalam darah. Protein utama dalam darah dipanggil sebagai albumin. Protein mempunyai banyak manfaat yang penting dalam badan seperti membantu membina tulang dan otot, mencegah jangkitan dan mengawal jumlah cecair dalam darah kita.

Pasti segelintir daripada kita belum pernah mendengar tentang protein dalam air kencing atau dalam bahasa kesihatannya disebut sebagai 'Proteinuria'. Buah pinggang yang sihat mengeluarkan lebihan cecair dan bahan buangan dari darah, tetapi tetap membiarkan protein dan nutrien penting melaluinya dan kembali semula ke aliran darah.

Apabila buah pinggang tidak berfungsi seperti biasa, ia boleh mengakibatkan protein (albumin) bocor dari tapisannya dan dikeluarkan melalui urin atau air kencing. Air kencing yang mengandungi protein dipanggil proteinuria atau albuminuria. Mempunyai protein dalam air kencing boleh menjadi tanda awal penyakit buah pinggang.


Sesiapa sahaja boleh mengalami protein dalam air kencing ini dan yang lebih mempunyai risiko ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan buah pinggang seperti kencing manis (diabetes), tekanan darah tinggi dan sejarah keluarga atau ada faktor genetik sakit buah pinggang dalam keturunan keluarga.

Cara untuk kita mengetahui adanya protein dalam air kencing kita mudah sahaja. Di peringkat awal masalah buah pinggang, kandungan protein dalam air kencing masih sedikit dan kita tidak akan dapat mengesan apa-apa gejala. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan tepat terdapat protein dalam air kencing adalah dengan melakukan ujian air kencing.

Ujian untuk protein dalam air kencing mengukur jumlah albumin dalam air kencing, berbanding jumlah kreatinin dalam air kencing anda. Ini dipanggil nisbah albumin dan kreatinin dalam air kencing (UACR). UACR lebih daripada 30 mg boleh menjadi tanda penyakit buah pinggang.


Apabila masalah kerosakkan buah pinggang semakin teruk, semakin banyak kandungan protein alam air kencing dan kita mula menyedari tanda-tanda seperti air kencing berbuih dan bengkak atau sembab pada tangan, kaki, perut dan muka. Sekiranya menyedari tanda-tanda ini, segeralah berjumpa doktor atau pakar kesihatan untuk berbincang cara menangani dan rawatan yang sesuai.

Ada beberapa cara untuk merawat Proteinuria yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Sekiranya anda menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi perkara palin utama adalah mengawal penyakit terlebih dahulu.



Jika anda mempunyai diabetes, mengawalnya bermakna memeriksa gula dalam darah dengan kerap, mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor dan mengikuti pelan pemakanan dan senaman yang sihat.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi pula, doktor mungkin memberitahu anda untuk mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah dan melindungi buah pinggang daripada kerosakkan yang lebih teruk. Jenis-jenis ubat yang boleh membantu dengan tekanan darah dan proteinuria dipanggil perencat angiotensin converting enzyme (ACE inhibitor) dan penghalang reseptor angiotensin (ARBs).

Jika anda mempunyai protein tetapi tidak mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi, perencat ACE atau ARB yang masih boleh membantu untuk melindungi buah pinggang anda daripada kerosakkan yang lebih teruk.

Walau bagaimanapun, berjumpalah dengan doktor atau pakar kesihatan untuk mendapatkan nasihat dan berbincang tentang pemilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Sumber: Dr Rafidah
              VitaminKita.net
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "