Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Diamanah Jaga Sepupu Umur 6 Tahun Dan 4 Tahun, Ambil Kesempatan Paksa Budak-Budak Tu Lakukan Seks Oral

28 Dis 2017
4 ulasan

KAJANG: Remaja berusia 13 tahun memaksa sepasang adik beradik lelaki berusia antara enam dan empat tahun melakukan seks oral. awal bulan ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, selepas mengetahui kejadian tersebut berlaku pada 12 Disember lalu, bapa kepada mangsa membuat laporan polis mengenainya, Jumaat lalu.

"Ibu remaja lelaki tersebut sepatutnya menjaga anak sepupunya itu di rumahnya," katanya.

Jelasnya, ibu bapa remaja lelaki terbabit membawa anaknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Selasa lalu.

Dalam kes yang lain pula, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun serta adiknya yang berusia lapan tahun dicabul oleh rakan bapa mereka.

Kejadian dipercayai berlaku di kediaman mangsa di Kajang semasa ketiadaan ibu bapa mereka.

Mangsa ditinggalkan di bawah jagaan lelaki warga Indonesia itu ketika ibu bapa mereka pergi ke luar negara atas urusan perniagaan selama beberapa minggu.

Beliau berkata remaja perempuan itu mendakwa dia dicabul sejak berusia 13 tahun.

"Dia membuat laporan polis selepas lelaki berusia 56 tahun itu cuba mencabul adiknya," katanya.

Walaubagaimanapun, suspek berjaya ditahan Jumaat lalu.


Sumber - mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "