Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tanya Aishah Guna Produk Saya Atau Tak, Bukan Nak Perli Elyana," - Dato Vida

12 Dis 2017

12 Dis - Pengasas produk kesihatan dan kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Vida menjelaskan soalan yang ditujukan kepada Aishah semasa konsert separuh akhir Gegar Vaganza malam ahad lalu, bukanlah untuk menyindir penyanyi Elyana yang juga bekas peserta Gegar Vaganza 2017.

Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 46, berkata dia cuma ingin mendapatkan kepastian sama ada Aishah benar-benar menggunakan produk Pamoga keluaran syarikat beliau atau tidak.

"Semasa program bersiaran langsung, saya tanya Aishah dia guna produk saya itu atau tidak, sebab saya mahu kepastian dan jawapan jujur," kata beliau.

Vida juga menyatakan beliau tidak berniat untuk memerli Elyana atau sesiapa sahaja dan beliau tidak bermaksud sedemikian cuma hanya ingin mendapatkan maklum balas yang jujur daripada penggunanya.

Vida yang ditemu bual selepas sidang media Konsert separuh akhir Gegar Vaganza yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur pada ahad lalu.



Terdahulu, Elyana melalui siaran langsung Instagram miliknya minggu lalu mendedahkan tidak menggunakan produk kesihatan keluaran Vida. Malah, pengakuannya mengamalkan produk tersebut hanyalah untuk menjaga hati Vida selaku penaja.

Dalaman rakaman itu juga Elyana yang terkenal dengan lagu kalis rindu itu juga seakan-akan berkecil hati dengan sikap 'cakap lepas' yang dilemparkan Vida semasa konsert sedang berlangsung.

Dalam pada itu, Vida juga tidak mengetahui apakah punca sebenar Elyana membuat kenyataan sedemikian dalam rakaman tersebut.

"Saya tak sempat lagi nak tengok rakaman video tersebut tapi saya rasa tak ada pula sakitkan hati dia sepanjang GV ini," jelasnya

Jika Elyana berkata jujur pada beliau bahawa Elyana tidak pernah mencuba produk beliau, Vida langsung tidak ambil hati dengan perkara tersebut kerana sudah ramai pengguna mendapat manfaatnya jelas vida.

"Saya tak kecil hati dengan komen Elyana. Saya faham, orang sedang menanggung kesakitan ni kadang-kadang ada emosi sikit," tambah Vida lagi.

Datuk Seri Vida juga mendoakan agar Elyana cepat sembuh dari penyakit kansernya dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.


Sumber: Mstar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "