Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Mengandung Dia Buat Tak Tahu, Dah Bersalin Dia Pulak Kawal Baby ," Wanita Luah Selalu Jadi Mangsa Ibu Mentua

28 Dis 2017
4 ulasan

Tindakan ibu mertua yang sering mencari salah menantu dan adalah realiti dalam sesebuah perkahwinan. Tambahan lagi, jika menantu yang menjadi isteri kepada anak lelakinya itu bukan datang dari pilihan hatinya.

Mungkin kita menganggap kisah konflik menantu dan mertua ini cuma berlaku di dalam drama atau filem sahaja. Jangan terkejut jika suatu hari nanti perkara sebegini berlaku di depan mata kita.

Melalui laman facebook Kisah Rumah Tangga, seorang wanita yang ingin namanya dirahsiakan mengadu tentang mak mertuanya yang sering mencari kesalahannya dan mendakwa wanita itu tidak pandai menjaga cucunya.

Sebaik sampai sahaja di rumah mak mertuanya wanita ini sudah mula rasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh mak mertuanya. Nak dibantah, wanita ini sedar dia cuma menantu di dalam rumah itu.

Sebelum dia melahirkan anaknya yang pertama, mak mertuanya langsung tidak pedulikan tentang dirinya. Namun, selepas anak itu dilahirkan baru lah mak mertuanya mengambil tahu tentang dirinya.

Ikuti kisah wanita ini yang sangat tertekan dengan sikap mertuanya yang selalu menekan perasaannya. Semoga bermanfaat. 


Saya nak meluahkan perasaan saya yang tidak tahan dengan perangai mak mertua. Usia baby saya baru genap sebulan. Selepas habis berpantang, saya dan baby terpaksa balik ke rumah suami sebab mak dan ayah dia kata rindukan cucu.

1. Sampai di rumah mertua, suami meminta saya bawakan baby ke dalam bilik di tingkat atas. Mak mertua tak bagi, dia kata nanti kitorang buat baby macam 'rusa masuk kampung' sebab mengecam tempat. Mak mertua suruh letak baby tidur di dalam bilik dia.

Selepas itu mak mertua suruh saya pergi mengemas bilik saya. Masa saya berada di bilik atas, saya terdengar baby menangis tetapi mak mertua tak nak bagi baby dengan saya. Masa saya turun tengok baby selepas setengah jam kemudian, muka baby sudah ada kesan calar dan berdarah.

Saya tak pernah bagi baby saya pakai sarung tangan. Masa di rumah mak saya, baby okey saja. Tak pernah buat muka calar balar sampai berdarah. Tetapi mak mertua menyalahkan saya tak bagi baby pakai sarung tangan.


Hari kedua berada di rumah mertua, saya perasan kuku jari jemari mak mertua panjang dan tajam.

2. Sewaktu mandikan baby, saya cuci muka baby menggunakan kapas. Badan baby saya siram dengan air menggunakan tangan. Mak mertua saya pagi ini jam lapan pagi kata dia nak mandikan baby tetapi saya tak bagi. Tetapi dia tetap tak pedulikan saya.

Masa dia memandikan baby, saya nampak dia lap muka baby dengan menggunakan tangan dia. Dia mandikan badan baby menggunakan container. Selepas habis mandikan baby, dia kata saya tak pandai mandikan baby. Dia kata selepas dia mandikan baby, baby happy, tangan dan kaki baby pun bertenaga.

Dia kata, saya mandikan baby, baby jadi tak selesa sebab saya guna tangan siram air saja. Dia kata saya mandikan baby tak wangi. Dia mandikan, baby jadi sangat wanit sebab banyak syampu yang dia gunakan.

3. Saya bagi baby minum susu ibu. Mak mertua setiap hari kata susu ibu saya tidak mencukupi. Padahal baby saya semakin hari semakin bam-bam.

4. Mak mertua suruh saya sapu minyak kapak pada baby, katanya nanti baby jadi sangat wangi. Saya buat baby tak wangi langsung. Mak mertua kata ipar-ipar saya yang lain pun buat begitu pada anak-anak mereka. 



5. Saya tak bagi baby tidur dalam buaian. Mak mertua kata tanpa buaian, baby tak dapat tidur. Malah dia kata saya buat baby tak tidur.

6. Semasa saya burp baby, mak mertua kata cara yang saya buat terlalu kuat membuatkan baby sakit dan tidak selesa.

Saya betul-betul marah dengan cara percakapan mak mertua saya sebab dia macam salahkan mak saya. Mak saya yang mengajar saya mandikan baby, mak saya yang mengajar saja menjaga baby. Mak mertua saya cakap, dengar cakap dia tak akan salah, saya yang salah.

Baby dalam kandungan saya selama sembilan bulan. Masa beranak, saya sakit selama 18 jam. Baby saya keluar kena incubated sebab tak bernafas. Saya sebagai mak, adakah saya akan buat baby saya sakit dan tidak selesa?

Kenapa mak mertua selalu salahkan saya? Masa saya mengandung, mak mertua langsung tak pedulikan saya. Kenapa bila baby dah dilahirkan, baru sekarang dia jadi begini? Saya betul-betul stress dengan perangai mak mertua saya ini.

Sumber: Kisah Rumah Tangga
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "