Pasport Baru Malaysia Antara Yang Tercantik Di Dunia
Bagi mereka yang kaki 'travel' terutamanya keluar negara, pasti sudah biasa dengan 'buku merah'. Tanpanya, anda pasti tersangkut di pusat pemeriksaan di pintu keluar atau masuk negara. Tanpa menafikan kepentingannya, antara ciri lain dokumen pengenalan diri ini adalah reka bentuknya yang menarik selain penggunaan warna yang amat menyerlah.
Terkini, kerajaan memperkenal pasport Malaysia berwajah baru pada 15 November lalu dengan pelbagai penambahan dari segi kemasan reka bentuk serta ciri-ciri keselamatan.
Ramai yang memuji kecantikkan dokumen perjalanan versi terbaru ini dengan rekaan batik bewarna biru, merah dan oren.
Di bahagian dalam, penambahan reka bentuk bermotifkan songket dengan tenunan keemasan, selain dua kuntum bunga raya kembang mekar di bahagian belakang.
Berbekalkan rekaan motif flora dan fauna, setiap helaian dokumen ini turut memaparkan subjek ikonik dan mercu tanda negara, misalnya Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Istana Negara, dan puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, pasport versi baru ini dibina berdasarkan konsep rukun negara, tradis dan flora dan fauna yang memberi maksud kedamaian dan kesejahteraan negara.
"Konsep lima rukun negara ini dapat dilihat menerusi paparan awal gambar-gambar masjid iaitu simbolik kepada kepercayaan kepada Tuhan, Istana Negara (kesetiaan kepada raja dan negara), bangunan Parlimen (keluhuran perlembagaan), Istana Kehakiman (kedaulatan undang-undang) dan Muzium Negara yang menunjukkan warisan dan budaya kita (kesopanan dan kesusilaan)," katanya.
Ujarnya, tindakan pengenalan imej baru itu mendapat sambutan baik orang ramai yang menyifatkan pasport Malaysia antara yang tercantik di dunia.
Selain reka bentuk fizikal yang lebih kemas, pasport baru ini juga didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan yang terkini termasuk pada bahagian kulit depan dan belakang, sekali ganda lebih baik dari yang lama.
"Muka surat biodata polikarbonat disertakan bersama cip di dalamnya berbanding sebelum ini cip di bahagian belakang pasport.
"Setiap halaman pada pasport juga mempunyai ciri keselamatan tambahan. Pengesahan dari segi ketulenan pasport tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan hanya didedahkan melalui cahaya ultra-violet (UV)," katanya sambil menambah kedudukan baharu cip itu menyukarkan pemalsuan maklumat dan bacaan data yang lebih mudah.
Beliau turut menambah bahawa setakat 15 sehingga 29 November yang lalu, hampir 20,000 pasport Malaysia yang bari ini telah pun dikeluarkan.
"Secara keseluruhan, sebanyak 1.7 juta pasport dikeluarkan dari Januari sehingga Oktober tahun ini dan secara purata Jabatan Imigresen mengeluarkan dua juta pasport setahun," tambahnya lagi.
Setakat ini, pasport Malaysia versi baru itu dikeluarkan di Pejabat Imigresen Menara Ikhlas, Putrajaya sebelum ia diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.
Beliau dalam pada itu turut memberitahu bahawa pasport lama masih sah digunakan kerana pasport baru hanya dikeluarkan untuk permohonan baru sahaja.
Katanya lagi, Jabatan Imigresen sentiasa mengenakan pemeriksaan yang rapi terhadap setiap pasport bagi memastikan kesahihan dan standard mutu pasport Malaysia kekal unggul.
Sumber : mStar
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamdan menangkan hadiah menariknya
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
BalasPadamjoin yuk guys di areatoto.com
ada sportbook togel casino sabung ayam
minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo
AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
BalasPadamgampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)
BalasPadamlagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
selain ada togel ada games dan casino juga
depo wd cuma 20 ribu
Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com