Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Menitik-Nitik Air Mata Ini'', Nad Zainal Kongsi Cerita Ibu Yang Tersentuh Dengan Wataknya Dalam Fatonah Azali

6 Dis 2017

Nad Zainal baru-baru ini muncul sekali lagi di kaca televisyen dengan sebuah drama yang terus mengangkat namanya dalam insdustri hiburan tempatan.

Kali ini membawa watak sebagai gadis istimewa yang menghidap autisme dalam drama Fatonah Azali, memang benar-benar meninggalkan bekas dalam jiwa sesiapa sahaja yang menonton drama tersebut, terutamanya kepada ibu-bapa yang mempunyai anak autisme.



Cara pembawaan watak yang betul-betul menjadi, seolah-olah dia memang gadis autisme pasti 'bikin' kacau emosi penonton. Ada yang menangis terkenangkan apa yang perlu dilalui oleh anak autisme mereka apabila meningkat dewasa kelak, ada juga geli hati melihat keletahnya membawa watak tersebut.

Mungkin ramai yang tidak faham dan menganggap bahawa anak autisme ini mengalami masalah terencat akal, padahal mereka juga mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri. Lepas menonton drama ini, bolehlah sama-sama mencari info lebih lanjut tentang anak autisme dan nasib hidup mereka.


Tetapi yang paling teruja tentulah Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin sendiri, apabila watak yang dibawanya menerima pujian orang ramai dan keterujaannya itu turut dikongsi melalui Instagramnya bersama-sama peminat.

''Saya buka DM saya hari ini, banyak betul 'surat cinta' buat Fatonah Azali.

''Tapi yang paling buat sayang tersentuh ialah yang ini, mereka yang punya anak austime. Percayalah Allah menyayangi anda.

''Anda sudah ada saham di akhirat kelak. Anak autisme ialah insan terpilih. Anak syurga. In Sha Allah, amin. Tahniah kepada ibu bapa, anda sangat hebat,'' katanya melalui perkongsian tersebut.

Nad Zainal juga turut berkongsi DM tersebut dengan memuat naik ke akaun Instgramnya mengenai luahan seorang ibu yang mempunyai anak autisme selepas menonton drama tersebut.

''Salam, nama saya Sabrina dan saya ada anak autisme nama Qaisara Firzanah. Semalam teruk saya nangis bila tengok cerita Fatonah Azali. Terbayang macam mana agaknya hidup anak saya di masa hadapan.

''Sejujurnya awak berjaya menghidupkan watak Fatonah. Rasa macam tertusuk dengan pisau hati ini dirobek-robek bila orang jahat buat perangai. Lagi sedih masa endingnya, '' katanya.

Wanita yang dikenali sebagai Sabrina ini juga turut berkongsi babak di dalam drama tersebut yang benar-benar memberi kesan kepada emosinya.

''Masa hentuk-hentuk kepala dekat almari sebab ingat balik apa yang jahat itu buat, memang sedih giler. Menitik-nitik ja air mata ini.

''By the way, semoga awak terus berjaya menghayati watak. Awak dah banyak menyentuh hati mak ayah yang ada anak istimewa ini.

''Tak percaya pergilah (lawat) FB Autisme Malaysia dan awak akan tahu betapa lakonan awak berjaya menyentuh hati kami,'' katanya lagi.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Nad Zainal tersebut rata-rata turut mendapat respon positif dari pengikutnya apabila mereka turut mengakui tersentuh dengan watak yang dilakonkannya.

''Tak berhenti menangis, tak dapat bayangkan perasaan ibu bapa yang ada anak autisme tentang masa depan anak mereka. Syabas Nad Zainal watak sangat menjadi dan menyentuh perasaan semua penonton,'' kata seorang pengguna dengan identiti zyemaznudyn.

''Sad ending Kak Nad Zainal. Tahniah sebab berjaya membawa watak Fatonah. Awesome,'' kata doraemonmontel pula.


Seorang lagi pengikutnya juga turut memberi respon yang sama dengan pengikut-pengikut yang lain.

''Sumpah banjir baju bila tengok cerita ni, sedih. Lagi-lagi part kat hospital masa Fatonah tengah koma,'' kata dianz_vitaminalorsetar.

Setakat ini, perkongsian tersebut mendapat lebih daripada 14 ribu like dan lebih daripada 200 komen daripada pengikut-pengikutnya.

Fatonah Azali adalah sebuah cerekarama yang disiarkan pada Sabtu lalu, 2 November di sebuah stesen televisyen swasta yang mengisahkan kisah hidup Fatonah (Nad Zainal) yang mengarungi pelbagai pancaroba selepas kematian ayahnya sebelum dijaga oleh keluarga sahabat ayahnya yang terhutang budi.

Antara pelakon terkenal lain yang turut menjayakan drama tersebut adalah Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah dan Zaibo.

Ini adalah kali kedua Nad Zainal membawa watak sebagai gadis autisme apabila sebelum ini juga pernah mebawa watak yang sama dalam naskah berat telefilem bertajuk 'Andai Bukan Khilaf'.

Kali ini, Nad Zainal ternyata benar-benar menghayati watak tersebut apabila dikatakan tidak bertegur dengan sahabat baiknya sendiri, Sharifah Sakinah di set penggambaran bagi menghidupkan watak tersebut.



Sumber : Mingguan Wanita , nad.zainal
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "