INDIA - Siapa sangka seorang wanita mengandungkan satu janin yang berusia 15 tahun. Sekumpulan doktor sangat terkejut apabila mereka menjumpai 'janin batu' yang berusia 15 tahun di dalam abdomen seorang pesakit wanita.

Janin itu ditemui selepas wanita itu melakukan imbasan dan pemeriksaan di sebuah hospital di India. Wanita berusia 52 tahun itu tidak mahu identiti beliau didedahkan. Beliau juga mendakwa dia pernah mengugurkan kandungan berusia empat bulan sebelum ini atas sebab keluarga yang tidak izinkan dia melahirkan zuriat tersebut.




Pada ketika itu, pakar obstetrik dan ginekologi yang merawat wanita berkenaan yang berasal dari Nagpur mengesahkan telah berjaya menggugurkan janin itu.

Bagaimanapun, wanita itu masih berasa sakit di bahagian abdomen selama beberapa tahun. Beliau juga kerap muntah, namun doktor hanya memberinya ubat tahan sakit sebelum menemui seorang pakar perubaan dari nagpur itu.

2 jam masa yang diambil untuk pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan objek tersebut. Doktor menggambarkannya sebagai 'janin batu lengkap' di Rumah Pembedahan Junankar.

Sumber: Daily Mail