Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kamera AES Lebuh Raya PLUS Di Pagoh, Tumbang Buat Kali Kedua Dalam Tempoh 4 Bulan

26 Dis 2017
4 ulasan

26 Dis - Kamera Sistem Penguatkusaan Automatik (AES) di Pagoh, Johor, di KM151.4 arah selatan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) rosak lagi. Kejadian ini kembali berulang selepas 4 bulan sebelum ini rosak akibat daripada vandalisma yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Laman Facebook rasmi Komuniti, Jenayah dan Trafik Johor telah memuat naik gambar yang mana kamera AES itu sekali lagi tumbang dan rosak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Mohad Idris Samsuri, mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi Malay Mail.  


"Kami terima maklumat ini awal pagi tadi dan mendapati kamera AES itu sudah tumbang buat kali kedua di tempat yang sama," kata beliau.

"Kami masih lagi menyiasat punca kamera AES ini tumbang dan tidak menolak kemungkinan berpunca dari gejala vandalisma," jelas beliau.

Tambahnya lagi, polis juga sedang mengenal pasti masa yang tepat kamera ini tumbang. 


Kerosakkan yang pertama berlaku pada bulan 10 September tahun ini apabila suspek menarik keluar wayar kabel daripada dasarnya selepas pihak berkuasa memasangnya pada bulan Jun. Gambar kerosakkan kamera AES itu telah tersebar di laman sosial.

Kamera AES di Pagoh ini adalah perangkap kamera terbaru yang dipasang di lebuh raya buat masa ini.


Sumber: Malay Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "