Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika anda ingin Melancong, Kami Cadangkan bermula dari Xi’an di China- Tempat ‘Mesra Muslim’ di China. Hanya Perlu RM269 sahaja untuk terbang terus ke sana.

27 Dis 2017
2 ulasan
Foto: Google
China merupakan tempat pelancongan yang masyhur untuk dilawati. Sebagai tamadun besar dunia pada satu ketika dahulu, sudah pastinya banyak tinggalan sejarah, monumen untuk dilawati. Bukan sekadar itu, China juga pesat dalam pembangunan ekonomi dan sektor pelancongan. Tidak dilupakan China mempunyai sejarah Islam yang tersendiri. Oleh itu, masih ada tinggalan sejarah disana.

Namun, sering kali dilema apabila ingin melancong ke negara non Muslim, masalah seperti makanan Halal, tempat tidak mesra muslim dan tempat solat yang sukar didapati. Nah, kali ini kami berikan kepada anda tempat untuk anda lawati di China dan Mesra Muslim!

Tempat yang kami maksudkan adalah Xi’an, China. China adalah negara yang sangat besar dan salah satu darinya adalah Xi’an. Pada tahun 2015, jumlah penduduk di Xi’an ini adalah 8.7 million. Dikatakan disinilah Islam pertama kalinya dibenarkan oleh Emperor Gaozong dari Dinasti Tang, untuk penduduknya praktis Islam. Dan pada zaman kini, ianya menjadi kediaman terbesar Muslim China!

Sudah tentu ianya mempunyai sejarah dan tarikan yang banyak untuk anda lawati!
Oleh itu, berikut adalah tempat yang wajib anda lawati disini:

Beiyuanmen Muslim Market

Sudah tentunya anda inginkan barangan yang halal untuk dimakan atau dibawa balik dari China. Inilah tempat yang sesuai untuk anda terokai barangan muslim china sebagai pengalaman berharga anda.

Market yang dinamakan Beiyuanmen Moslem Street di Muslim Quarter ini amat masyhur sebagai tempat yang didiami oleh lebih 20 000 orang Muslim. Tempat ini dihiasi oleh pokok-pokok hijau yang amat nyaman untuk dilawati. Di sini anda dapat melihat masyarakat Muslim berinteraksi, mendengar orang dewasa bersembang dengan tenang dan dihiasi dengan suara kanak-kanak, sambil membeli belah di Market ini.

Bahan yang menarik untuk anda beli dan rasa disini ialah makanan buatan tangan China Muslim. Hidangan yang berbeza dari Malaysia dengan daging bakar yang panas membakar, sup asli dari China pasti membuatkan anda merasai kelainan makanan di sini, Selain itu, anda juga boleh membawa pulang cenderahati daripada masyarakat China disini sebagai tanda ingatan.

Lebih bagus lagi perkhidmatan bas disediakan untuk datang ke Beiyuanmen Muslim Market

Makanan Halal

Apabila ingin travel di negara non Muslim, kerisauan kebanyakan orang ialah susah nak cari makanan halal. 
Oleh kerana masyarakat disini didominasi oleh Muslim, jadi anda tidak perlu risau lagi mengenai makanan. Anda boleh nikmati makanan tanpa gusar
Di Xian ini anda tidak perlu risau,selain Beiyuanmen Moslem Street yang menyediakan makanan halal,anda boleh merasai pelbagai citarasa dan jenis makanan buatan China, dan yang penting, HALAL. Antara restoran-restoran lain yang memang terkenal menyediakan makanan halal adalah Laosunjia Restaurant,Tongshengxiang Restaurant, Lou Bei Lou Restaurant, Jin Xiang Restaurant dan lain-lain. 

Masjid Terbesar di China

Anda juga boleh melawat ke Masjid Xian di China yang merupakan yang terbesar di sana. Ianya juga telah diiktiraf sebagai tempat sejarah Islam UNESCO. Ianya juga diiktiraf sebagai bahan sejarah dan budaya pada tahun1956. Apa yang lebih penting, bangunan masjid ini adalah gabungan antara keunikan jurutera tradisional China dan Islam. Masjid ini dibina oleh Dinasti Ming dan kemudian ditambah oleh Dinasti Qing.

Foto: Google
Masjid ini mempunyai reka bentuk yang unik jika dibandingkan dengan yang lain dan mempunya keluasan 6 000 kaki persegi. Ianya mempunya 5 halaman yang unik untuk anda lawati. Di dinding pula terukir ukiran dari Arab dan China. 

Foto: Google

Disamping mempunyai ukiran dan nilai sejarah tersendiri, masjid ini masih lagi digunakan untuk solat. 

Disamping itu juga, kami mencadangkan anda melawat tempat-tempat sejarah yang menarik yang berikut di Xi’an supaya pelancong anda lebih bermakna:

Mountain Huashan

Disamping anda travel kesana, kami juga cadangkan anda kesini!

Ianya terletak 120 kilometer dari Xian. Ia adalah gunung yang mempunyai nilai ‘nature’ yang tersendiri, sebagai tempat untuk melihat alam, matahari terbenam, dan mendaki gunung!

Foto: Google

Di sini, disediakan tempat untuk anda mendaki bukit, dengan pelbagai cabaran yang dinamakan ‘Dangerous Passes’. Dan untuk lawatan ke bukit ini sahaja, anda boleh lawati banyak tempat disini. Antaranya ‘Lotus Flower Peak’. Di sini anda boleh melihat batu besar yang berupa bunga. Ianya juga mempunyai sejarah tersendiri dengan agama Taoism disini untuk anda terokai. Ditengah-tengah gunung, anda akan jumpai Temple Taoism. Selain itu, ianya masih mempunyai, Jintian Palace, Changkong Road, Black Dragon Pool dan banyak lagi untuk anda lawati.

Foto: Google

Buat anda yang tidak larat mendaki pula, jangan risau, disediakan kereta kabel untuk anda naiki. Dan dari Xian ke gunung ini, disediakan kereta api laju untuk kemudahan pelawat.

Museum of Qin of Terracotta

Foto: Google

Jika anda pernah menonton filem China, sudah pasti anda pernah melihat askar-askar berkuda China. 

Disini, anda akan lihat ‘live’ patung-patung askar dan kuda. Muzium ini cukup luas dengan memuatkan askar-askar ini, dan dipersembahkan dalam bentuk formasi peperangan untuk tatapan pelawat. Bahkan patung-patung askar ini diiktiraf sebagai sebahagian sejarah besar dunia, UNESCO. Jadi jika anda melawat Xi’an sudah pasti anda wajib kesini.

Xian City Wall

Foto: Google

Jika tadi anda menyaksikan tentera China, maka tidak lengkap tanpa anda ke Bandar Xian, yang mempunyai tembok pertahanan yang terbesar dalam sejarah, dan ianya paling lengkap berbanding dengan dengan tembok yang lain. Tembok yang setinggi 40 kaki dan 60 kaki tebal ini, mengelingi 13.7 KM bandar ini.

Tembok ini dicipta pada zaman Ming Dinasti yang bertujuan untuk mempertahankan kota dari musuh. Binaan tembok pula dibuat dengan tempat pemantau dan pemanah untuk berperang dengan musuh dari luar. Tembok ini pula mempunyai 4 pintu masuk dan disetiap pintu masuk, dihiasi dengan corak-corak menarik untuk tatapan anda!

Satu dari pintu ini, dinamakan Yongning Gate, disediakan basikal untuk disewa oleh anda
Dengan semua kelebihan tempat Xian ini, kami mencadangkan anda untuk melawati tempat ini. Tambahan pula dengan tempat ini ‘mesra muslim’, dengan makanan halal yang mudah diperoleh dan masjid tersedia, sudah tentu ianya memudahkan perjalanan anda.

Shaanxi History Museum

Foto: Google

Ini pula, tempat sejarah yang wajib anda lawati, kerana ianya digelar ‘the pearl’ dinasti-dinasti terdahulu. Disini, terletaknya pelbagai bahan sejarah dari pelbagai dinasti.

Muzium ini mempamerkan bahan sejarah pada zaman pra sejarah China, iaitu dinasti Qon dan Zhou Barat, pada tingkat pertama. Manakala ditingkat kedua muzium, dipamerkan sejarah dari Dinasti Han. Manakala di tingkat yang sama, depamerkan sejarah Dinasti Tang. Disini juga anda boleh melihat ukiran mural Dinasti Tang menggambarkan tokoh-tokoh mereka. Lukisan ini sebesar 1000 meter mempamerkan lebih 600 lukisan. Lebih menarik lagi, lukisan ini menggambarkan kehidupan masyarakat pada masa itu!

Anda boleh berjimat dan merasai pengalaman gempak ini dengan AirAsia dengan hanya rm269 sekiranya anda ‘book’ sekarang hingga 31 Disember ini! Tempoh penerbangan pula, mulai sekarang, hingga 30 Jun 2018. Wah! Nak tahu lanjut boleh klik pada link ini.

Dengan semua kelebihan tempat Xian ini, kami mencadangkan anda untuk melawati tempat ini. Tambahan pula dengan tempat ini ‘mesra muslim’, dengan makanan halal yang mudah diperoleh dan masjid tersedia, sudah tentu ianya memudahkan perjalanan anda.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  2. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "