Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Gaji Tertunggak, Gomez Cadang Bawa Kes Ke Mahkamah Manakala JDT Nafi Ada Berhutang Dengan Bekas Jurulatih

5 Dis 2017
2 ulasan

Nampaknya isu antara bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez yang pernah membimbing pasukan tersebut muncul pasukan pertama dari Malaysia untuk merangkul trofi kelab Paiala AFC dengan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) masih lagi belum berakhir.

Pada 27 Ogos lalu, sebuah portal media tempatan berbahasa Inggeris pernah melaporkan bahawa jurulatih berusia 60 tahun itu mendesak agar JDT mencari penyelesaian segera untuk membayar tunggakkan gajinya atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Kontroversi tersebut akhirnya sampai kemuncak apabila baru-baru ini Gomez bercadang mahu membawa kes tersebut ke peringkat tertinggi dengan merujuk kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selain berhajat mengheret TMJ khususnya ke mahkamah.

''Kami akan bertemu antara satu sama lain di mahkamah tidak lama lagi. Mereka tidak mahu membayar gaji saya. Saya dan peguam saya sedang membuat persedian membawa kes ini ke FIFA.

''Saya akan menyerahkan beberapa dokumen sensitif kepada FIFA,'' kata Gomez seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail Online

Gomez bakal memulakan tanggungjawab sebagai jurulatih dengan menjadi pembimbing skuad Persib Bandung dalam saingan liga negara jiran tersebut pada musim depan.

Dalam pada itu PBNJ dan JDT melalui sebuah kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook kelab tersebut oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dibuat oleh Gomez.

Menurut Alistair Edwards, pihaknya pada awal tidak mahu memperbesarkan hal tersebut namun mengubah fikiran selepas Gomez bertindak membawakan perkara itu kepada pengetahuan umum.

Malah, Alistair Edwards turut menyangkal tuduhan yang dilemparkan oleh Gomez bahawa JDT berhutang pembayaran gaji kepadanya.

Ujarnya lagi, Gomez sepatutnya tidak bertindak sedemikian kerana mendakwa pembayaran gaji kepadanya dilakukan mengikut seperti perjanjian kontrak yang ditandatangani.

Berdasarkan sebahagian daripada kontrak tersebut, Gomez dikehendaki membayar gaji pembantunya iaitu Raul Longhi. Pada peringkat awal, Gomez bertindak membayar jumlah ini secara terus kepada Raul Longhi sebelum dia meminta kepada Setiausaha Kelab JDT pula yang membuat pembayaran terus tersebut.

Oleh itu bermula dari tahun 2015, Alistair Edwards memberitahu bahawa JDT telah membuat pembayaran tersebut secara terus kepada Raul Longhi melalui pemotongan gaji Gomez berdasarkan permintaan khususnya selaras dengan kontrak yang ditadantangani.

Melalui kenyataan tersebut juga, JDT menafikan dakwaan bahawa mereka tidak menjawab surat yang dihantar oleh Gomez kepada kelab tersebut.

Sebaliknya Alistair Edwards memberitahu bahawa surat yang ditulis di dalam bahasa Sepanyol tersebut sudahpun dijawab dengan sewajarnya oleh pihak JDT selain turut bertindak mendedahkan beberapa dokumen dipercayai ada kaitan dengan soal pembayaran tersebut.

Alistair Edwards pada masa yang sama turut menasihatkan Gomez agar mendapatkan nasihat undang-undang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan media.

Di akhir kenyataan tersebut, dilaporkan bahawa barisan peguam JDT telah pun bersedia dengan semua fakta dan asas yang kukuh untuk berhadapan dengan Gomez di mahkamah.










Sumber : Johor Southern Tiger , The Malaymail Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "