Bingung Anak Tak Balas Whatsapp, Rupa-Rupanya Hilang, Hanya Tinggal Moto Terbalik Tepi Jalan
BATU PAHAT- "Saya tertanya-tanya juga punca anak saya tak balas atau baca mesej Whatsapp. Saya sangka sedang menunggang motosikal," ujar Haslan Hamidan, 45.
Menurut Haslan, anaknya, Nur A'liyah, 16 terakhir kali berbalas mesej dengannya ialah pada jam 6.55 pagi semalam dan mesej yang dihantar sekitar jam 7.04 pagi tidak dibalas mahupun dibaca anaknya.
Jelasnya, lebih mengejutkan apabila dia turut menerima khabar melalui panggilan telefon daripada Balai Polis Yong Peng pada pukul 9.30 pagi yang menemui motosikal miliknya di tepi jalan tanpa kelihatan kelibat anaknya yang mesra dipanggil Along.
“Jika diikutkan, ketika kejadian Isnin lalu, Along akan duduki ujian berkomputer bagi mendapatkan lesen memandu di Batu Pahat, selain turut bercuti daripada kerja sambilannya di sebuah restoran makanan segera di Yong Peng.
“Saya yang ketika itu sedang bekerja di Subang, Selangor, terkejut dengan panggilan itu dan bergegas pulang ke Yong Peng. Saya terus ke balai polis untuk mengetahui perkara sebenar dan pegawai penyiasat memaklumkan yang anak saya hilang, selain motosikal ditemui di Jalan River Estet, Yong Peng, berkeadaan masih baik,” katanya.
Haslan berkata, dia juga membuat semakan pendaftaran di hospital, namun nama anaknya tidak termasuk dalam senarai nama pesakit dan kini dia sekeluarga bingung dengan kehilangan anaknya itu.
Katanya, dalam masa sama dia turut memeriksa bilik dan semua barangan anaknya tidak hilang malah ada beberapa pakaian yang siap dibasuh.
“Apa dibawa hanyalah beg sandang yang biasanya diisi dengan telefon bimbit serta alat soleknya.
“Cuma yang saya bimbang, ada beberapa rakan baik Along kata dalam beberapa hari ini, seperti ada orang mengekorinya sehingga ke rumah. Buat masa ini saya tak syak sesiapa malah polis masih kategorikan kes sebagai orang hilang dan usaha untuk mencarinya masih dilakukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya kini giat mencari mangsa berdasarkan laporan yang dibuat oleh keluarganya.
Sumber- Sinar Harian
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamadd pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)