Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hidap Penyakit Misteri, Lelaki Ini Boleh Mati Jika Minum Air Kurang Dari 20 Liter Air Sehari

4 Dis 2017

Lelaki yang bernama Marc Wubbenhorst, 35, ini perlu meminum 20 liter air dalam masa sehari untuk mengelak dirinya mati akibat kekurangan air dalam tubuh.

Dia merupakan lelaki paling dahaga di dunia apabila disahkan menghidap satu penyakit ganjil dikenali sebagai diabetes insipidus yang menyebabkan tubuhnya membuang banyak air sekali gus menyebabkan dia sentiasa dahaga.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan badannya tidak boleh menyimpan air dan buah pinggangnya membuang air sepantas dia meminumnya.


Jika Wubbenhorst tidak meminum air, dia akan mati akibat kekurangan air dalam tubuh dalam tempoh beberapa jam saja.

Sekiranya Wubbenhorst tidak minum air selama sejam, dia akan mengalami simptom kekurangan air yang teruk seperti bibir merekah, pening dan keliru

Biasanya individu dewasa akan mengalami tanda-tanda ini selepas dua atau tiga hari tidak meminum air namun tidak bagi Wubbenhorst.

Dalam masa sehari, dia mampu membuang air kecil hampir 50 kali serta dia perlu menggantikan air dalam badannya dengan meminum sekurangnya 20 liter air.

Wubbenhorst berkata, ketika kecil dia dapat mengawal keadaan itu, dia mempunyai ramai rakan dan cuba hidup seperti kanak-kanak normal lain.


Akan tetapi, dia mengalami tekanan perasaan dan hampir mengalami kemurungan yang serius, apabila keadaan bertambah teruk.

“Saya mengalami tekanan perasaan kerana terlalu letih dengan keadaan ini.

“Saya tidak mahu pergi ke sekolah, melukis atau melihat perarakan,” katanya.

Kini dia mampu mengatasi masalah serta mampu menjalani kehidupan dengan sokongan keluarga dan rakan-rakan.






Sumber - News24
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "