Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hanya Guna Kaki Untuk Lakukan Rutin Harian Wanita Ini Digelar 'Bidadari Tanpa Sayap' Yang Menjadi Inspirasi

6 Dis 2017

Jika wanita-wanita negara China yang lain sedang sibuk mengejar harta dan kekayaan untuk menjalani pembedahan plastik tapi tidak bagi Yang Li seorang gadis kurang upaya yang menyentuh hati berjuta-juta penonton dengan berkongsi kehidupan hariannya.

Yang Li, 27 seorang gadis yang tidak mempunyai tangan namun mampu melakukan kerja seperti orang biasa seperti membasuh, memasak, makan, membeli-belah dan menyolek boleh dilakukan, dengan menggunakan kakinya.

Dia yang kehilangan kedua-dua lengannya akibat kemalangan kabel voltan tinggi ketika umurnya empat tahun.



“Saya belajar menyolek di universiti. Rakan saya semuanya menggayakan kening dan memakai gincu dan mereka nampak cantik,” katanya.

Selepas berkongsi video yang pertama pada Julai lalu, videonya tular di media sosial sehingga dua juta mula mengikutnya dan memanggilnya 'bidadari tanpa sayap' atau 'wanita inspirasi'.

Menurutnya, dia tidak pernah menyanyi, membuat lawak, atau berpura-pura menjadi comel dalam videonya tetapi dia hanya menunjukan kepada pengikutnya bagaimana dia menjalani hidupnya.


Dia yang tidak pernah meminta hadiah atau ganjaran daripada pengikutnya, namun sesetengah orang mengkritiknya kerana dikatakan mengambil kesempatan daripada kecacatannya untuk mengemis. Tapi komen itu tidak menjejaskannya.

"Orang biasa boleh membuat siaran langsung, kenapa saya tak boleh? Saya tidak terjejas dengan komen itu.

"Kebanyakan orang memberi galakan kepada saya. Saya dapat rasai penghormatan dan kebaikan mereka. Sebagai OKU, saya mendapat pengiktirafan daripada masyarakat yang diingin sejak zaman kanak-kanak," katanya.


“Bidadari tanpa sayap" ini juga ingin menyebarkan mesej kebaikan menerusi kehidupannya.

"Jika saya menjatuhkan sesuatu di jalan selalu ada seseorang yang membantu saya, saya berkongsi detik-detik dalam video saya supaya lebih banyak orang dapat mengalami kebaikan ini," katanya.

Tambahnya, ibunya mengajarnya menggunakan kaki untuk melaksanakan kerja yang dianggap mustahil kepada orang lain seperti makan dengan penyepit, memberus gigi dan menulis.

Yang masih ingat waktu dia menghabiskan makanan dalam masa dua jam selain menggunakan kaki untuk menyelesaikan kerja sekolah pada musim sejuk dengan suhu -5 Celsius.


Namun, ibunya selalu meberitahunya, perkara yang sukar akan menjadi mudah.

"Ketika itu, ibu mengajar saya untuk berdikari supaya dapat menjaga diri apabila berseorangan satu hari nanti," katanya.

Jelasnya, kaki dan tulang belakang Yang menjadi cacat selepas amalan 20 tahun ini dan kerja keras.

"Selepas kemalangan itu, ibu berhenti kerja untuk menjaga saya dan ayah terpaksa menanggung keluarga seorang diri.



"Sekarang mereka sudah tua dan saya tidak mahu menjadi beban kepada mereka lagi. Saya perlu menjalani hidup saya sendiri.

"Saya juga mahu membuktikan nilai saya kepada masyarakat," katanya.


Bagaimanapun, ini bukan kali pertama dia mendapat perhatian ramai selepas mengambil peperiksaan kemasukan universiti yang dikenali sebagai ‘gaokao’ menggunakan kakinya.

Beliau bangga diterima untuk belajar di Anhui Agricultural University pada 2007 dan kini bekerja sendiri di Bengbu.





Sumber - News.Xinhuanet
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add pin bb nya D87604A1
    terimakasih ya waktunya ^.^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "