Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dulu Ramai Orang Kata Saya Menyanyi Lagu Orang Gila

5 Dis 2017

Diejek sebagai penyanyi lagu orang gila dan tidak beretika, tapi kini tidak lagi apabila Upiak Isil sudah mampu tersenyum lebar dengan pencapaiannya sendiri.

Siapa pernah sangka, lagu berjudul Tak Tun Tuang yang pernah menjadi bahan ketawa kini tular di Malaysia, Thailand serta tanah kelahirannya.

Namun, penyanyi dari Bukit Tinggi, Indonesia, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda ini mempunyai kisah sedih disebalik kejayaannya sekarang.

“Memang saya pernah patah semangat apabila ada yang merendahkan dan menganggap saya tak beretika dari segi pemakaian kerana menyanyi dengan berbaju tidur. Mujur ada keluarga yang sentiasa menyokong dan menjadi penguat semangat apabila saya hampir tersungkur. Perlahan-lahan, saya cuba buktikan saya bukan penyanyi lagu orang gila,” katanya.


“Dulu, kehidupan saya dan keluarga sangat susah. Saya mula bekerja sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun untuk menyara keluarga. Ketika saya masih kecil, ibu bapa saya bercerai dan waktu itu, ibu sedang hamilkan adik saya yang ketiga. Jadi, saya dan adik kedua terpaksa membantu ibu mencari duit.

“Saya pernah berkahwin tetapi cuma bertahan dua tahun setengah saja. Saya anggap itu sebagai takdir dan pengalaman itu menjadikan saya wanita yang lebih kuat,” tambahnya.

Sebenarnya, Upiak pernah menghasilkan 19 album disepanjang kariernya sejak berusia 13 tahun.

“Di Padang, album saya boleh dikatakan terjual dan orang tahu kewujudan saya sebagai penyanyi. Namun, tidak seperti di Malaysia, di kampung saya tiada royalti dan sebagainya."

Tidak hanya menyanyi, Upiak juga dikenali sebagai pelawak di tempatnya serta dia juga memilih untuk menyanyikan lagu secara sumbang.

“Saya boleh menyanyi dengan baik, tetapi kalau saya menyanyi sebaik mana pun, akan ada orang yang lagi bagus daripada saya. Jadi, saya tampilkan kelainan dengan menyanyikan lagu seperti yang kalian dengar,” katanya.


Dia yang berkerja sebagai jururawat tidak menyangka lagu Tak Tun Tuang menjadi terkenal dan dicover oleh beberpa penyanyi.

“Memang saya sangat terkejut apabila Tak Tun Tuang dinyanyikan semula. Saya pada awalnya sedih dan marah kerana saya fikir, penyanyi itu menyanyikan semula lagu saya dan mengaku itu lagu mereka.

“Di Padang, kalau sesuatu lagu dimuat naik ke YouTube, itu ertinya dimuat naik oleh penyanyi asal. Tetapi, itu adalah salah faham dan sekarang saya faham apa sebenarnya lagu ‘cover’,” jelasnya.


Kini, dia juga telah mula menerima masej perbadi dari peminat.

“Ramai lelaki cuba mendekati saya. Ada juga orang yang saya suka satu ketika dulu, mula menghantar mesej kepada saya di Instagram. Tetapi saya rasa ini masanya saya fokus kepada kerjaya,” katanya.

Dia turut mempunyai keinginan untuk tinggal di Malaysia, akan tetapi pelbagai perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

“Saya suka tinggal di sini, tetapi keluarga saya di Padang dan saya perlu pertimbangkan banyak perkara. Buat masa sekarang, saya berulang-alik dari Indonesia ke Malaysia,” tambahnya.

Upiak juga kini sedang dalam proses menghasilkan single kedua yang masih berkonsepkan lagu komedi.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )


  1. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  3. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di www.fanspoker.com
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 10 rb
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "