Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cikgu Azizan, Kami Semua Di Belakang Anda

18 Dis 2017
3 ulasan

18 Dis - Lebih 100 jemaah yang hadir bagi menunaikan solat hajat untuk Azizan Manap atau lebih sinonim sebagai 'Cikgu Azizan' di Masjid Al-Azim, Taman Semarak malam tadi.

Selain ibu bapa pelajar SKTS, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak turut hadir dalam program yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Semarak.

Pada masa sama turut diadakan sesi pencerahan daripada NUTP dan PIBG berhubung kes terbabit.

Berdasarkan laman web Pendidik2u, Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi tiga lagi rakan lain, buli, memukul murid lain dan ponteng sekolah.


Sebutan kes diadakan pada 31 Oktober lalu diikuti 27 November bagi penyerahan dokumen pertuduhan, manakala esok adalah hari perbicaraan kes

Jika didapati bersalah, dia yang dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sejak beberapa hari lalu, kes Cikgu Azizan menjadi tular selepas gerakan dengan hashtag #PrayForCikguAzizan dilancarkan.

Difahamkan sehingga jam 1 tengah hari tadi, seramai 102,212 orang menyatakan sokongan dan solidariti terhadap guru berkenaan.


Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "