Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dari 45KG Kini Jadi 19KG, Adik Arif Derita Kanser Tisu Rayu Bantuan

28 Dis 2017
6 ulasan

Kisah mengenai seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser tisu menjadi tular di media sosial hari ini sejak ia dimuat naik pada tengahhari tadi.

Kisah sedih mengenai kanak-kanak yang dikenali sebagai Arif itu mendapat lebih 20,000 perkongsian sejak ia dimuat naik seterusnya mendapat perhatian dari rakyat Malaysia khususnya.

"Adik Arif baru berumur 9 tahun, anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan tinggal di sebuah flat di Klang. Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain drum. Beratnya 45kg.

"Namun semuanya bertukar pada awal tahun 2017 lalu apabila Adik Arif mula pening-pening dan kabur penglihatan. Dia kemudiannya dimaklumkan oleh doktor bahawa menghidap ketumbuhan di sebelah kiri kepalanya dan telah disahkan sebagai kanser tisu. 

"Ketumbuhan di kepalanya juga telah menolak bebola mata kiri Adik Arif ke luar. Telinga kiri juga terkesan dan tidak lagi boleh mendengar.

"Dugaan yang ditanggung oleh keluarga ini bukan sedikit. Untuk itu, saya ingin mengajak semua pihak membantu untuk meringankan bebanan yang ditanggung." tulis status yang dimuat naik menerusi akuan Khairul Azar Omar itu.

Bermula awal 2017, gejala yang dialami Arif semakin kritikal apabila ketumbuhan itu membesar sekaligus menolak bebola mata kiri anak sulung daripada empat beradik ini.

"Beliau seorang yang periang, aktif bersukan dan gemar bermain dram. Beratnya 45kg. Kini berat Adik Arif hanya tinggal 19kg," memetik status tersebut.

Jelasnya, sejak tahap kesihatan Arif semakin meruncing, dia tidak mampu menjamah makanan sebaliknya bergantung kepada susu.

Difahamkan, selain menerima bantuan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, keluarga itu turut menerima bantuan daripada Zakat Selangor yang membayar sewa bulanan kediaman mereka di Klang, Selangor.

Malah, Mohd Norhafis terpaksa membuat keputusan yang sukar bagi dirinya apabila terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori lantaran perlu memberi perhatian khusus kepada Arif.

Sumber: FB Khairul Azar Omar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  5. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "