Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Dari 183 KG Turun 78 KG, Dulu Pakai Saiz XXXXXXL, Sekarang Saiz M'', Ini 10 Perkara Penting Untuk Kawal Nafsu Makan Anda

26 Dis 2017
3 ulasan

Masalah obesiti adalah salah satu masalah serius yang sedang menular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati bahawa sebanyak 17.7 peratus ( 3.3 juta) penduduk dewasa Malaysia mempunyai masalah obesiti. Manakala masalah obesiti ini sering kali berkait rapat dengan masalah kesihatan yang lain antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Namun, untuk mengurangkan berat badan bukanlah suatu kerja yang mudah. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dicuba oleh mereka yang berhajat untuk mengurangkan berat badan demi masa depan yang lebih baik. Paling mudah, bertanyalah pada mereka yang sudah berjaya membuktikan bahawa obesiti boleh diatasi. Macam yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Jazli Hassan ini, malah dia juga tidak keberatan untuk berkongsi tips yang diamalkan olehnya.

Nak tahu tipsnya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Hye semua, perjalanan dari 183 kilogram (kg) ke 78 kg, saiz 6 XL UK ke saiz M , saiz pingang 60 inchi ke 34 inchi.

Saya berbesar hati saya sharekan "10 TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN". Mudah-mudahan sedikit pengalaman dan perkongsian saya berikan kebaikan pada semua. Saya izinkan di kongsikan.

1) Otak adalah kunci segalanya.

Ramai tak mampu mengawal nafsu makan sebab otak dah setting pantang nampak sedap pasti nak makan. Mula nak merasa akhirnya habis satu periuk. Cuba bertenang, jangan gopoh buat keputusan. Fikir masa depan. Kesedapan makanan depan mata anda lihat tak menjamin apa-apa pada anda kecuali kenyang. Tapi kalau kita kuat itulah bezakan kita dari yang lain. Muhasabah diri sikit.

2) Baca doa makan biar khusyuk.

Jangan tipu saya antara 10 orang hanya 3 orang sahaja baca doa makan dengan penuh penghayatan. Yang lain baca Bismillah terus masuk mulut. Ada sebab tuhan utamakan doa dulu sebelum makan untuk elakkan kita tergoda nafsu makan yang tak mampu di ramal. Doa juga ibarat kita muhasabah diri ketika makan. Cuba pratikkan selama sebulan kesannya akan anda lihat..Percayalah.

3) Makan buah dulu.

Ramai telah terpesong makan buah adalah desert katanya selepas makan. Sebenar peranan makan buah dulu ada untuk kebaikan sistem penghadaman anda sekaligus dapat mengurangkan rasa lapar yang tinggi, mempercepatkan kenyang serta dapat mengawal nafsu makan anda. Tapi kesilapan kita banyak pandang lauk-lauk sedap dulu dari melihat buah-buahan.

4) Minum air sebelum atau selepas makan.

Kebanyakkan kesilapan yang banyak orang buat makan bersulam minum, kalau boleh elakkan kecuali dalam situasi-situasi tertentu yang perlukan kita minum di bolehkan. Sebab bila kita makan sambil minum kita rasa makan kita tak puas. Sebab sistem pemghadaman kita tak dapat melakukan kerja dengan sempurna.

5) Kunyah secara perlahan.

Haaa, jangan gopoh ketika makan sesuatu makanan. Cuba nikmati makanan dengan penuh penghayatan ketika masuk mulut, tapi makanan berkhasiat la bukan yang tak sihat. Bila kita kunyah secara perlahan enzime ketika mengunyah dapat berfungsi dengan betul. Tu kadang-kadang makan sedikit kita dah kenyang sebab kita menghayati saat ketika makan dengan sempurna.

6) Makan sedikit tapi kerap.

Pastikan anda mengambil 5 hidangan setiap hari iaitu sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan dinner. Kalau lapar sangat baru supper sedikit. Bila kita kerapkan makan dan kurangkan kuantiti jumlah sesuatu hidangan kita dapat mengelakkan rasa kelaparan terlampau yang merangsang nafsu makan kita membuak-buak.

7) Elakkan dan latih diri iklan makanan.

Jangan racun minda kita dan mudah terpedaya dengan iklan makan yang di post di facebook atau medium-medium lain. Bila banyak kali kita di racuni minda dengan makanan maka ia akan meransang nafsu makan kita membuak buak. Jangan terpedaya dan mulakan disiplin diri anda untuk lawan nafsu makan.

8) Anggap dah pernah makan banyak kali.

Dah bertahun-tahun kita makan macam-macam berikan peluang diri kita pantang dengan makan. Dulu pantang jumpa terus makan. Last, 10 tahun kita masih gagal kawal nafsu makan kita.

9) Tumpu perhatian ketika makan.

Bila time makan fokus untuk makan. Jangan main handphone, tangkap gambar sibuk up dalam facebook. Time tengah suap itulah kita balas WhatsApp. Semua ini menyebabkan kita tak puas makan. Pada masa inilah semua kita nak makan sebab kita tak menghayati saat makan betul-betul. Ini akan merangsang otak hantar input makan yang meransang nafsu makan kita.

10) Kurangkan stress.

Cuba elakkan diri stress terlampau. Inilah punca kita nak makan nak makan dan terus makan. Memang kita rasa tak stress tapi kita sebenarnya dalam keadaan stress. Sebab kita balas stress kita dekat makanan tu bila pantang jumpa benda sedap kita makan. Pastu timbul rasa menyesal, belajar kawal stress.

Terima kasih kerana membaca, ini di tulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan setiap cerita saya lalui. Sila sharekan untuk tujuan kesedaran obesiti di Malaysia.

Sumber : Jazli Hassan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "