Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buat Simpanan Tabung Haji Lebih Mudah Dengan Maybank2U, Ikuti Langkah-Langkan Ini Untuk Ketahui Caranya

27 Dis 2017
3 ulasan

Dengan kecanggihan teknologi yang ada pada hari ini, hampir keseluruhan urusan harian anda hanya bolek dilakukan di hujung jari sahaja. Apa yang anda kena mungkin cuma sambungan internet dan sedikit ilmu sahaja.

Begitu juga dengan urusan untuk membuat simpanan ke akaun Tabung Haji. Anda kini tidak lagi perlu beratur di kaunter ataupun di mesin ATM tiap kali ingin membuat simpanan mahupun pindahan wang. Jika anda mempunyai akaun Maybank, pindahan wang ke akaun Tabung Haji juga boleh dilakukan melalui Maybank2U seperti yang dikongsikan oleh Amir Syahir. Mudahkan?

Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Simpanan Ke Tabung Haji Anak Melalui Maybank2U

Macam saya, segala duit raya anak, duit orang bagi kepada anak saya, saya akan simpan dalam Tabung Haji dia. Simpan Tabung Haji bagus sebab purata bonus boleh dapat 6%.

Korang pun boleh buka akaun Tabung Haji untuk anak. Daftar haji anak siap-siap pun boleh. Okay, jika anak dah ada akaun Tahung Haji, korang boleh transfer ke akaun Tabung Haji anak menggunakan Maybank2U. Mudah dan senang. Jom baca.

Untuk kali pertama, korang kena daftar dulu akaun TH korang di mesin ATM Maybank yang berdekatan korang. Korang kena daftar akaun Tabung Haji sendiri dahulu sebelum daftar Tabung Haji untuk anak jika korang pun belum daftar.

Caranya mudah :

1. Bawa buku Tabung Haji.

2. Pergi mesin ATM Maybank.

3. Masukkan kad ATM Maybank.

4. Pilih Tabung Haji.

5. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji.

6. Masukkan Nombor Siri Buku.

Tadddaa, Akaun Tabung Haji korang dah diaktifkan dalam Maybank2u. Lepas tu buat perkara yang sama untuk akaun Tabung Haji anak. Dah siap daftar barulah boleh masuk ke laman web Maybank2u tu. Boleh baca caranya dekat gambar-gambar di bawah.

Jika korang simpan RM100 sebulan selama 18 tahun, nanti anak korang dah umur 18 tahun, dia dah ada dana pendidikan sebanyak RM38K jika purata bonus TH sebanyak 6%. Banyak kan? Boleh rujuk gambar terakhir.

Kalau korang masih bujang, takde anak lagi boleh buat untuk diri sendiri juga. Untuk simpan duit lebihan gaji ke, duit bonus ke, nak simpan duit kecemasan ke, boleh guna cara ini juga.

Sekadar perkongsian. Moga manfaat. Sudi-sudikanlah share supaya ramai lagi dapat manfaat.

Bawa buku haji korang dan buku Tabung Haji anak semasa daftar kat mesin ATM tu ye. Taknak bawa pun boleh, tetapi kena tulis atau ambil gambar nombor akaun Tabung Haji dan nombor siri buku TH.


Bawa buku haji korang dan buku Tabung Haji anak semasa daftar kat mesin ATM tu ye.

Taknak bawa pun boleh, tetapi kena tulis atau ambil gambar nombor akaun Tabung Haji dan nombor siri buku TH.


1. Clik pada menu Accounts & Banking.


2. Pilih Tabung Haji (bawah sekali).


3. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer.




4. Masukkan berapa jumlah yang nak di transfer. Satu transaksi dikenakan caj RM1.06 ye. 

Akan ada dua akaun TH. Akaun TH korang dengan akaun TH anak. Jadi pilih akaun TH anak kalau nak transfer ke akaun TH anak.


5. Tekan request TAC dan isi nombor TAC. Dan tekan Comfirm.


6. Selesai. 

Mudahkan? Tak perlu ke pejabat TH jika jauh daripada tempat kerja korang. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Sumber : Amir Syahir
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "