Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Aqeef Anaqi Nama Anak Pasangan Selebriti Amar Baharin Dan Amyra Rosli, Kini Sudah Berusia 2 Bulan

18 Dis 2017

Pasangan artis popular Amar Mohd Baharin dan Nur Amira Izzati Rosli akhirnya mendedahkan wajah dan nama putera sulung mereka yang baru berusia dua bulan, Aqeef Anaqi.

Biarpun tindakan mereka yang merahsiakan mengenai Aqeef Anaqi sebelum ini dipersoalkan orang ramai, pasangan tersebut memberitahu media bahawa keputusan tersebut dibuat kerana terikat dengan kontrak.


Namun, semua persoalan yang bermain di fikiran peminat mereka terlerai apabila pasangan merpati dua sejoli ini menyiarkan wajah dan nama anak mereka di Instragram, serentak dengan tayangan program realiti The Adventure of Aqeef Amyramar.

Mereka turut berkongsi bahawa masih memikirkan sama ada mahu mengambil pembantu bagi menjaga Aqeef memandangkan mereka bakal kembali ke lokasi penggambaran tahun depan.

Menurut Amyra, jadual penggambarannya akan bermula Februari depan untuk drama slot Samarinda. Untuk tempoh tersebut katanya Anaqeef akan dijaga oleh ibunya.

“Macam-macam cerita membabitkan anak kecil mutakhir ini. Ia sekali gus membuatkan kami susah mempercayai orang lain menjaga Aqeef.

“Mahu cari yang boleh menjaga bayi dengan baik bukannya mudah. Jadi, buat sementara waktu mama yang akan menjaga anak kami.

“Kalau kami ambil pembantu pun, dia hanya akan membantu mama menguruskan Aqeef,” kata Amyra.


Manakala Amar pula terpaksa menempuh jadual penggambaran yang lebih padat apabila bakal terlibat dalam penerbitan drama 100 episod bermula Januari nanti.

Menurut Amar dan Amyra lagi, mereka bersedia untuk menerima para peminat yang mungkin ingin merakam gambar kenangan bersama anak mereka namun pada masa yang sama mengharapkan para peminat memahami jika anaknya meragam secara tiba-tiba.

“Kami tidak ada masalah jika peminat mahu bergambar. Kami faham mereka teruja untuk ambil gambar Aqeef.

“Selagi dia tidak menangis, ambilah seberapa banyak gambar yang diperlukan. Tetapi, kalau dia sudah tidak selesa kami harap orang faham ketika itu keutamaan kami adalah Aqeef.

“Saya bersyukur kerana Aqeef mudah diuruskan. Dia hanya akan menangis apabila lapar atau lampin penuh,” kata Amar pula.

Aqeef bagaimanapun buat waktu ini belum dibawa menghadiri mana-mana majlis memandangkan usianya yang masih baru dan hanya akan di bawa setelah bayi comel tersebut sudah mempunyai daya tahan tubuh yang lebih kuat.

Tambah pasangan itu lagi, mereka sudah bersedia untuk menerima kecaman dari netizen memandangkan itu adalah lumrah bergelar seleberiti. Malah, Aqeef juga tidak terlepas daripada menerima tempiasnya apabila dibandingkan dengan anak kepada pasangan seleberiti lain.

Terdahulu, Amyra pernah dikritik oleh netizen yang mendakwa dia tidak memberi susu badan kepada Aqeef gara-gara tindakannya berkongsi gambar botol susu di laman sosial.

Kata Amyra, dia bagaimanapun tidak peduli dengan komen negatif sebegitu biarpun dalam keadaan berpantang ketika itu.


“Saya dikelilingi mereka yang positif. Lagipun, saya bukan jenis melayan persepsi negatif. Saya tidak kisah dan tak peduli pun apa yang netizen katakan.

“Saya tayang botol susu sebab itu pemberian. Saya teruja untuk berkongsi hadiah itu dan membantu mempromosikannya.

“Takkan saya muat naik gambar sedang menyusukan dia pula? Kalau gambar itu yang naik nanti ada yang cakap macam-macam juga.

“Saya pun tidak tahu apa yang mereka tidak puas hati, setiap hari ada saja tak kena di mata mereka. Mungkin juga sekadar ingin menarik perhatian supaya kami balas komen yang diberikan,” kata Amyra lagi.

Malah Amar melihat bahawa segala kecaman yang diterima membuatkan mereka lebih matang dan tidak mahu membidas semua persepsi negatif tersebut biarpun mengakui adala kalanya ia mengguris hati mereka.

“Lebih baik biarkan saja. Kalau balas nampak kita yang tak profesional.

“Laman sosial ini sering disalah guna. Mereka akan terus bercakap ikut suka hati. Jadi, kita yang kena bijak mengawal emosi,” kata Amar lagi.

Pada Sabtu lalu, telah berlangsung majlis kesyukuran dan cukur jambul Aqeef yang diadakan setelah Amyra dan Aqeef habis tempoh berpantang.

“Kami memilih tarikh ini sebab Aqeef sudah besar sikit dan Amyra habis berpantang. Ia juga sesuai untuk rakaman program realiti kami.

“Paparan majlis kesyukuran ini akan ditayangkan pada episod terakhir. Dalam program ini, Amyra akan berkongsi tip penjagaan ketika hamil dan proses berpantang,” kata Amar.


Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "