Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Andai Tiada Siapa Mahu Beli, Saya Tidak Kisah," Lelaki Ini Jual Baju 'Buruk' Sehingga RM40,000

16 Dis 2017
3 ulasan

Kebanyakkan orang berpendapat baju buruk dan bagi mereka yang kurang berminat dengan koleksi barangan klasik, pasti terkejut dengan tawaran empat baju T terpakai hendak dijual engan dengan harga RM40,000.

Namun, bagi peminat baju-T band rock yang menjadi kegilaan pada zaman 80-an, ada nilai sentimental dan perjalan cerita tersendiri pada baju berkenaan.
Secara mata kasarnya melihat baju ini biasa, hanya pengumpul baju 'rare' sahaja yang faham nilai sebenar sesuatu baju berdasarkan kualiti, keaslian, jenis dan edisi terhad. 
Pengumpul dan juga penjual, Muhammad Syafiq Azhar, 28, berkata empat baju kumpulan ‘heavy metal’ Iron Maiden miliknya yang hendak dijual dengan harga RM40,000 di laman sosial sejak kelmarin, adalah benar.

Pada Rabu, Syafiq menawarkan empat baju-T Iron Maiden dengan harga RM40,000 memalui Facebook dan Portal perniagaan dan menerima pelbagai reaksi netizen.


“Baju ini untuk pasaran antarabangsa, bukan hanya pengumpul di Malaysia mencarinya. Saya jual mengikut harga pasaran terkini yang mencecah antara RM12,000 hingga RM15,000 sehelai," katanya

Beliau juga mengatakan, dia mahu menjual secara borong dan tidak mahu menjualnya sehelai.

“Andai tiada siapa mahu beli, saya tidak kisah kerana harga barangan ini akan semakin tinggi pada masa depan, akan jadi lebih 'rare',” ketika dihubungi.

Bapa kepada dua anak itu menyatakan, dia membeli baju itu sehelai demi sehelai kira-kira 2 bulan lepas dan telah menjadi kebiasaan beliau akan menjual semula barangan klasik yang terkumpul apabila harga pasaran meningkat.
Beliau mula berminat dengan mengumpul barangan klasik ini sejak tahun 2008 lagi. Beliau memulakan hobinya dengan mengumpul jersi bola sepak klasik dalam dan luar negara sekitar tahun 1990-an.

 Tambah beliau lagi, minat itu muncul ketika masih dibangku sekolah lagi dan ia berkembang apabila dia turut mengumpul baju lama yang mempunyai nilai sentimental dan buruan pengumpul yang lain.

“Apabila kita memiliki baju yang asli, edisi terhad dan dicetak pada peristiwa tertentu, ia memberi satu kepuasan kepada pengumpul," ujarnya

Sesetengah pengumpul sanggup berhabis ratusan malah ribuan ringgit bagi mendapatkan barangan klasik yang diidamkan.

“Selain menjadikannya hobi, ia juga boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan,” katanya yang bekerja dengan syarikat perkapalan.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "