Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) ''Saya Bukan Penjenayah Perang'', Bekas Jeneral Terlibat Penghapusan Etnik Muslim Bosnia Minum Racun Ketika Dibicarakan

30 Nov 2017

Seorang peguam mengakui ia bukanlah perkara yang sukar bagi seseorang untuk menyeludup masuk racun ke dalam mahkamah ketika mengulas tindakan seorang bekas panglima perang Crotia-Bosnia yang didakwa terbabit dalam jenayah perang membunuh diri dengan meminum racun.

Slobodan Praljak, 72, bertindak demikian ketika persidangan sedang berlangsung di The Hague, Belanda. Namun sehingga kini, masih belum diketahui bagaimana Praljak memiliki bahan racun tersebut walaupun dia berada dalam penjara, malah lokap di The Hague dan van yang digunakan untuk membawa Praljak sepanjang pembicaraan berjalan telah diperiksa berulang kali.

''Saya bukan penjenayah perang'', jerit Praljak sebelum bertindak meminum cecair bewarna hitam dari sebuah bekas kecil yang dipegangnya selepas beliau gagal dalam rayuannya terhadap hukuman penjara 20 tahun yang diputuskan di Tribunal Jenayah Antarabangsa, Belanda, pada Rabu.

''Saya baru sahaja meminum racun. Saya bukan penjenayah perang. Saya membantah keputusan tersebut,'' katanya lagi selepas meminum racun tersebut.


Seorang peguam yang sudah beberapa kali mewakili penjenayah perang yang dibicarakan di situ memberitahu media bahawa ia sebenarnya mudah untuk menyeludup masuk racun ke mahkamah.

Toma Fila, seorang peguam berkaliber dari Serbia berkata kawalan keselamatan terhadap peguam dan mahkamah sama seperti kawalan keselamatan yang ada di lapangan terbang.

Ujarnya lagi, kakitangan keselamatan yang bertugas di situ akan mengimbas barang-barang besi dan telefon bimbit, tetapi pil dan cecair tidak dinyatakan.

Praljak adalah salah seorang daripada 6 orang defenden yang dituduh dengan kesalahan jenayah perang iaitu kempen menghapus etnik Muslim Bosnia dengan cara menubuhkan wilayah Crotia Bosnia di dalam Bosnia pada awal 90-an.

''Klien saya meminum racun'', jerit peguam yang mewakili defenden yang kemudian disusuli dengan tindakan Hakim Carmel Agius memhentikan pembicaraan.

Sejurus sahaja Praljak meminum racun, staf kesihatan bergegas masuk ke dalam mahkamah bagi memeriksa keadaan Praljak dan ambulan serta helikopter tiba di mahkamah untuk membawanya ke hospital.



Jurucakap mahkamah, Nenad Golcevki bagaimanapun mengesahkan bahawa Praljak meninggal dunia tidak lama selepas meminum racun tersebut.

''Salah seorang daripada 6 orang defenden meninggal dunia di Hospital HMC di The Hague,'' katanya lagi.

Manakala agensi berita kerajaan Crotia turut melaporkan berita kematian tersebut sebelum disahkan oleh Perdana Menteri Crotia, Andrej Plenković yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Praljak.

''Malangnya, kita semua menjadi saksi kepada kejadian tersebut.

''Tindakan itu jelas memperlihatkan sokongan moral (Praljak) terhadap ketidakadilan yang menimpa 6 orang warga Crotia berasal dari Bosnia dan seluruh bangsa Crotia. Kami menyatakan kekesalan dan rasa tidak puas hati terhadap hukuman tersebut'', katanya lagi.

Praljak dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun bersama-sama dengan rakan subahatnya pada tahun 2013, walaupun tiada kepastian sama ada dia sudah pun menjalani hukuman penjara sebelum membuat rayuan tersebut.

Bosnian Crot dan Muslim Bosnian pada awalnya adalah rakan dalam perjuangan menentang Serbia sebelum berperang sesama sendiri selama 11 bulan bermula dalam tahun 1993-1994.

Praljak, seorang ahli politik Crotia yang juga seorang Jeneral dalam Angkatan Tentera Crotia pernah mengetuai Pasukan Bosnia Crot yang dikenali sebagai HVO bermula dari Julai hingga November 1993.


Dalam tempoh perkhidmatannya, Praljak di dakwa cuba menubuhkan sebuah negara di dalam Bosnia yang dikenali sebagai ''Republik Crotia - Herzeg Bosnia'', sebuah negara untuk etnik Crotia dengan menjadikan Mostar sebagai ibu negara.

Pada tahun 1993, pengisytiharan penubuhan republik tersebut dilakukan oleh Bosnia Crot, namun bergabung dengan Persekutuan Bosnia dengan membentuk negara Bosnia Herzegovina seperti yang wujud pada hari ini sebagai salah satu syarat Perjanjian Pendamaian yang ditandatangani pada tahun 1994.

Bandar Mostar menjadi bandar paling teruk menerima kesan peperangan dalam pertembungan antara Bosnian Crot dengan Muslim Bosnian apabila 80 peratus darinya musnah.

Praljak dalam pertuduhan khas didakwa terlibat dalam mengarahkan tentera yang dipimpinnya untuk memusnahkan sebuah jabatan yang dibina pada abad ke-16, yang mana didakwa telah menyembabkan ''kerosakkan terhadap populasi Muslim Bosnia''.

Selepas tertubuhnya negara baru, jambatan yang dibina pada era Ottoman itu dibina semula lalu menjadi simbol kemusnahan perang yang terpaksa dilalui oleh rakyat Muslim Bosnia.

Ketika dalam pembicaraan, jambatan asal tersebut menjadi subjek pembicaraan apabila mahkamah mendapati ia menjadi sasaran tentera Cotia yang dibawah pemerintahan Praljak.

''Ia hanyalah sebuah jambatan lama,'' kata Praljak tampa sedikit pun peduli terhadap emosi yang terpaksa dilalui oleh rakyat Muslim Bosnia akibat kemusnahan jambatan tersebut.

Sebelum menjadi seorang panglima perang, Praljak pernah berkerja sebagai seorang penulis dan pembikin filem. Malah turut berkhidmat sebagai seorang profesor dalam bidang falsafah dan sosiologi sebelum ini.

Dia didapati bersalah dalam jenayah membunuh, penganiayaan dan layanan tidak berperikemanusiaan termasuklah penahanan Muslim Bosnia secara besar-besaran, merampas harta benda, dan serangan seksual dalam cubaannya menghalau dan menghapuskan etnik Muslim Bosnia dari republik yang baru ditubuhkannya.

Mahkamah turut sedang mencari bukti pembabitan bekas Presiden Crotia, Franjo Tudjman sama ada terlibat atau sebaliknya dalam usaha menubuhkan negara mini-Crotia di dalam wilayah Bosnia.

Dakwaan tersebut mencetuskan kemarahan dalam pimpinan kerajaan Crotia sedia ada dengan Perdana Menterinya turut menyelar tindakan tersebut.

''Pimpinan kerajaan negara ini ketika Perang Bosnia tidak boleh dijadikan subjek dalam pembicaraan tersebut,'' kata Plenkovic lagi.




Sumber : Daily Mail UK

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "