Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gempa Bumi Kuat Gegar Iran, Lebih 140 Orang Maut Dan 860 Lagi Tercedera

13 Nov 2017

Lebih daripada 140 orang dilaporkan terkorban dengan sekurang-kurangnya 860 orang lagi dipercayai tercedera dalam kejadian gempa bumi berukuran 7.2 magnitud yang melanda wilayah Kermanshah, Iran berdekatan dengan sempadan Iran -Iraq, pada Ahad.

Agensi berita tempatan milik kerajaan, IRNA melaporkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat menjangkakan jumlah mangsa yang terkorban akan bertambah selepas usaha mencari mangsa yang tetimbus di bawah runtuhan masih giat dijalankan di wilayah kedua-dua negara.


''Masih ada lagi yang tertimbus. Walaupun angka mangsa yang cedera dan terkorban pasti meningkat, tapi kami berharap ia tidak meningkat dengan ketara,'' kata Mojtaba Nikkerdar, Timbalan Gabenor wilayah Kermanshah.

Lebih daripada 60 mangsa yang terkorban berasal dari pekan Sarpol-e Zahab, kira-kira 15 kilometer (km) dari sempadan.

Pegawai kesihatan Kurdish memberitahu media bahawa sekurang-kurangnya 4 orang maut dan 50 lagi tercedera di Iraq dalam insiden tersebut.


Pasukan Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 32 km barat daya bandar Halabjah dengan ukuran 7.2 magnitud. Manakala, Pusat Seismilogi tempatan mengatakan bahawa gempa bumi berukuran 7.3 magnitud telah melanda Azgaleh.

Rangkain televisyen itu juga memetik kenyataan Ketua Perkidmatan Kecemasan Iran, Pirhossein Koulivand sebagai berkata gempa bumi itu telah mengakibatkan bekalan elektrik di bandar barat Iran, Mehran dan Ilam terputus. Dia juga menambah bahawa 35 pasukan penyelamat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Manakala satu lagi agensi berita tempatan, ILNA melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 14 wilayah terlibat dalam bencana tersebut. Laporan satu lagi agensi berita tempatan Tasnim pula melaporkan seorang pegawai kecemasan berkata ada kebimbangan bahawa jumlah korban dari kampung dan pekan kecil mungkin lebih tinggi.

Iran sebelum ini pernah dilanda beberapa siri gempa bumi yang dahsyat antaranya pada tahun 2003, gempa bumi dengan ukuran 6.6 magnitud melanda sebuah bandar penuh bersejarah, Bam yang membunuh 26 000 orang.

Kebanyakkan rumah-rumah yang dibina oleh penduduk di kawasan pedalaman Iran mudah runtuh akibat struktur rumah rapuh yang dibina dari tanah liat.


Pasukan Bulan Sabit yang berada di lokasi kejadian memberitahu media bahawa mangsa-mangsa yang terselamat berada di tepi-tepi jalan kerana khuatir dengan kemungkinan gempa susulan. Selain itu, bekalan air dan elektrik turut terputus di beberapa wilayah Barat Kermanshah.

Dalam pada itu, USGS mengeluarkan amaran tahap ''oren'' untuk ''kecelakaan akibat bencana dan keruntuhan ekonomi''. Wilayah- wilayah yang berada di barat, barat laut dan tengah Iran turut terkena tempias gempa bumi ini.

Manakala di Iraq, kawasan yang paling teruk terjejas dalam insiden ini adalah pekan Darbadinkhan, kira-kira 80 km dari timur Sulaimaniyah, wilyah separa autonomi di bawah pemeritahan puak Kurdish.

''Situasi di sini sangat kritikal'', kata Rekawt Hama Rasheed, Menteri Kesihatan Kurdish yang menambah bahawa lebih daripada 30 orang tercedera.

Media turut melaporkan bahawa hospital utama di daerah tersebut turut menerima kesan dengan bekalan tenaga elektrik yang terputus menyebabkan mangsa  perlu dibawa ke Sulaimaniyah untuk menerima rawatan.

Manakala di daerah Halabja, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan maut akibat terkena renjetan elektrik selepas kabel elektrik yang terputus menimpa dirinya.

Ramai penduduk di ibu kota Iraq, Baghdad memberitahu bahawa mereka berkejaran keluar dari rumah dan bangunan-bangunan tinggi sebaik sahaja merasai gegaran gempa bumi itu.

''Saya bersama dengan anak-anak saya sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba bangunan mula bergoyang.

''Pada mulanya saya menjangkakan ia akibat daripada serangan bom. Namun kemudian saya mendengar jeritan daripada orang ramai yang berteriak 'gempa bumi','' kata Majida Ameer, salah seorang mangsa yang terselamat.




Sumber : The Independent UK
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kalah melulu di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "