Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Penduduk Kampung Gempar, Mayat Yang Dikebumikan Sebulan Lalu Tiba-Tiba Timbul Di Atas Kubur

14 Nov 2017

Seram, beberapa keping gambar dan rakaman video yang menunjukkan sebujur mayat yang masih berbalut kain kafan tiba-tiba timbul di atas sebuah tanah perkuburan di Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Kelibat mayat itu menjadi tumpuan ramai penduduk sekitar dan luar daerah yang mengetahui kejadian itu selepas tular di laman Facebook.


Menurut seorang pengguna Facebook bernama Muharris Alyamani, mayat itu telah dijumpaikira-kira jam 3 petang pada Isnin lalu oleh seorang penduduk yang sedang memotong rumput di tanah perkuburan berkenaan.

"Selepas menemui mayat itu, lelaki berkenaan terus membuat satu laporan kepada pihak polis selain memaklumkan kepada keluarga arwah," katanya.

Menurut pihak berkuasa Polsek Pontianak Barat, hasil siasatan didapati jenazah telah dikebumikan kira-kira sebulan lalu.

"Jenazah berkenaan timbul kemungkinan akibat tekanan air apatah lagi kawasan itu sering dinaiki air ketika hujan selain menjadi laluan air mengalir, namun sehingga kini belum ada punca sebenar diketahui samada perbuatan khianat atau memang timbul akibat tekanan air," jelas pihak berkuasa tempatan.


Ppenduduk setempat beranggapan kejadian misteri mayat timbul itu adalah berpunca struktur tanah tapak perkuburan tersebut yang gambut dan sering ditenggelami air menyebabkan mayat itu timbul.

Ada juga yang mula mengaitkan kejadian ghaib seperti mayat tidak diterima bumi dan pelbagai lagi tanggapan lain.

Apapun, semoga jasad yang timbul itu kembali disempurnakan dengan baik dan biarkan bersemadi dengan aman, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.







Sumber - Tribunnews
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "