Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tekanan Darah tinggi Telah Bertukar Kepada 130 Bukan Lagi 140

15 Nov 2017

Tekanan darah tinggi dikatakan penyakit yang harus dirawat lebih segera apabila sudah sampai 130/80mm Hg, bukannya sebelum 140/90, mengikut kenyataan Persatuan Jantung Amerika pada Isnin lalu.

Doktor perlu menyedari bahawa komplikasi "boleh berlaku pada nombor yang lebih rendah," berdasarkan kemas kini pertama mengikut garis panduan AS yang komprehensif mengenai pengesanan dan rawatan tekanan darah sejak 2003.

Menurut penulis jurnal Persatuan Jantung Amerika, Hipertensi, dan Jurnal American College of Cardiology, Paul Whelton, persakit yang baru mengalami tekanan darah tinggi tidak semestinya perlu mengambil ubat tetapi penggunaan cahaya kuning pada badan mampu membantu menurukan tekanan darah tinggi, ia adalah pendekatan bukan menggunakan ubat

Pesakit perlu ubah kepada gaya hidup sihat seperti menurukan berat badan, bersenam, memakan makanan sihat, mengelakan garam dan alkohol serta berhenti merokok dan jauhi tekanana.

Berdasarkan piawaian yang baru ini menunjukan hampir separuh (46%) rakyat AS akan diiktiraf sebagai pesakit tekanan darah tinggi.

Sebelum ini, setengah (32%) daripadanya berada dalam keadaan yang boleh dicegah jika mengalami penyakit jantung atau mengalami strok.

Had normal untuk tekanan darah tinggi ini ialah 120 untuk sistolik atau berapa banyak tekanan darah di dinding arteri apabila jantung berdegup, dan 80 untuk diastolik, yang diukur sebagai ketukan.

"Sebaik sahaja seseorang mencapai 130/80, anda sudah dua kali ganda berisiko mengalami komplikasi kardiovaskular berbanding mereka yang mempunyai tekanan darah biasa," kata Whelton.

"Kami mahu berterus terang dengan pesakit, jika anda sudah mempunyai risiko dua kali ganda, anda perlu tahu mengenainya."

Sebelum ini, umur berada dalam lingkungan 50 tahun atau lebih tua, tetapi garis panduan baru melonjakan umur 40 tahun sebagai mereka yang mampu mengalami darah tinggi.

"Kekerapan tekanan darah tinggi dijangka meningkat tiga kali ganda di kalangan lelaki di bawah umur 45 tahun, dan dua kali ganda di kalangan wanita di bawah umur 45 tahun," menurut laporan itu.

Kerosakan saluran darah bermula ketika tekanan mencapai 130/80 beradasarkan garis panduan yang telah didasarkan mengikut yang dibiayai oleh kerajaan AS.

Kategori prehypertension, yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang mempunyai tekanan sistolik 120-139, tidak lagi wujud, mengikut garis panduan baru.

Ubat yang digalakan pada pesakit yang baru mengalami peringkat pertama iaitu pesakit sudah mempunyai peristiwa kardiovaskular seperti serangan jantung atau strok, berdasarkan umur, seperti kehadiran diabetes mellitus, buah pinggang kronik penyakit atau pengiraan risiko aterosklerosis.

"Saya setuju dengan perubahan yang dianggap tekanan darah tinggi boleh ditangani lebih awal jika merubahan gaya hidup,"  kata Satjit Bhusri, ahli kardiologi di Lenox Hill Hospital di New York.

"Perubahan dalam piawaian tidak meningkatkan penggunaan ubat malah ia membawa kepada keperluan untuk mengubah gaya hidup," kata Bhusri.

Garis panduan baru telah diumumkan pada persidangan Sesi Saintifik Persatuan Amerika Heart di 2017 di Anaheim, California.

Sumber - The Star
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "