Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tidak Mahu Bercerita Banyak, Takut Tak Jadi Nanti Malu," Reaksi Remy Ishak Bila Ditanya Tarikh kahwin

9 Nov 2017

Pelakon Cinta Jangan Pergi, Remy Ishak dikatakan belum membuat sebarang persiapan perkahwinan dengan tunangannya iaitu Ezza Yusof.

Jelasnya, dia juga belum mempunyai rancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Belum ada perancangan untuk berkahwin tahun hadapan, memang setahun biasanya bertunang, tapi kalau belum cukup bersedia boleh tambah lagi masa.

"Bertunang ini adalah tempoh untuk kita mengenali satu sama lain dengan lebih dekat," katanya.

Remy mengikat tali pertunangan pada Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman wanita itu.

Dia turut mengakui berasa kurang selesa untuk berkongsi tentang hubungan tersebut kepada umum.


"Saya tidak mahu bercerita banyak sebab kami belum lagi ke fasa seterusnya, jika tidak jadi nanti malu.

"Lagi pula tempoh pertunangan itu banyak cabarannya, namun biarlah ia menjadi rahsia kami," tambahnya.

Dia yang berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) Terbaik menerusi drama Pesan Dari Tuhan di Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) Jumaat lalu mengakui belum bersedia menerima watak antagonis.


Menurutnya, dia berasa masih belum layak dan cukup ilmu untuk membawakan watak berkenaan.

"Pesan Dari Tuhan merupakan drama pertama saya membawakan watak antagonis itu pun selepas bergaduh dengan pengarah Erma Fatima.

"Saya terima pada awalnya bukan watak antagonis tapi kemudian Erma tukar watak saya menjadi watak antagonis. Kami ada bergaduh tentang watak dan kemarahan saya dalam drama itu sebenarnya ditujukan kepada Erma," tambahnya.

Sumber -mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "