Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kenapa Perlu Kecam, Saya Bukan Dukung Suami Orang," Jururawat Cerita Kenapa Dia Bela 'Kenit'

9 Nov 2017
4 ulasan

Dirinya dikritik dan dijadikan bahan bergurau netizen kerana gambarnya mendukung biawak hidup tular di media sosial.

Gadis yang dikenali sebagai Dewi Zulaikha ini tidak berasa geli terhadap biawak yang dianggap haiwan yang kotor oleh orang ramai.

Gadis dari Kuala Kangsar, Perak ini sempat menjaga biawak yang diberi nama Kenit selama tiga bulan.

Selain melihat tindakannya itu sebagai sesuatu yang 'geli' kerana biawak dianggap sebagai haiwan kotor, gadis berusia 21 tahun ini turut dituduh sengaja mahu popular dan 'tunjuk berani' sehingga sanggup bertindak begitu.

Lebih teruk lagi ada yang mengaitkan tindakannya itu dengan 'dunia akhir zaman' dan meramalkan tidak mustahil dia akan ditimpa sial atau terkena badi.


Dewi berkata, dia sedar dirinya dikritik, disindir dan dijadikan bahan lawak gara-gara posting tersebut, tetapi tidak mahu mempedulikannya kerana ada sebab dia memelihara haiwan yang diberi nama Kenit itu.

"Saya jumpa Kenit dekat sungai dalam keadaan luka dan tak bermaya Julai lalu.

Dia yang mengambil keputusan membebaskan semula Kenit pada Oktober kerana mahu haiwan itu gembira di habitatnya.

"Sebab kasihan, saya terus bawa 'dia' balik ke rumah untuk dirawat. Saya peliharanya lebih kurang tiga bulan dan lepas sembuh saya lepaskan 'dia' walaupun rasa berat hati."


Menurut Dewi, sebagai seorang pencinta haiwan, istilah 'takut' tidak timbul terutama jika melihat mana-mana haiwan cedera atau memerlukan bantuan.

Dewi yang mempunyai koleksi pelbagai spesis ular termasuk ular tedung selar berukuran lebih empat meter yang menjadi  haiwan peliharaannya, 'berurusan' dengan biawak bukanlah satu masalah besar untuk dirinya.

Dalam kes ini, Dewi berkata dia amat beruntung kerana tugasnya sebagai seorang jururawat dapat membantunya dari segi langkah penjagaan kebersihan dan pencegahan jangkitan kuman setiap kali dia menyentuh haiwan.


"Saya pakai sarung tangan, buat 'hand washing' setiap kali main atau bawa Kenit jalan-jalan, saya juga mandikannya dengan air bersih.

"Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit," katanya yang memberi Kenit makan isi ayam ketika berada bawah jagaannya.

Dewi berkata dia tidak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuat naik gambar bersamanya di Facebook walaupun dirinya dikecam.

"Kenapa nak cakap 'dia' kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke?

"Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah," katanya.


Dewi berkata setakat ini dia mempunyai 26 jenis ular dan beberapa haiwan lain yang dibeli dan ditangkap sendiri.

Katanya, selain digunakan untuk pertunjukan, dia juga akan membuat pertimbangan untuk menjual haiwan-haiwan ini jika ada yang berminat.

Menurutnya setiap haiwan yang dipelihara mempunyai risiko apabila dipelihara dan dia juga tidak terlepas daripada dipatuk ular.

"Adalah sikit-sikit saya belajar daripada orang dulu-dulu," jelasnya ketika ditanya jika mempunyai sebarang ilmu menundukan dan menjinakkan haiwan berbahaya.


Sumber -mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus b0la 0nline terpercaya :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "