Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Sangka Hanya Luka Biasa, Lepas Mak Hantar Gambar Saya Lihat Lukanya Teruk"- Isteri Lan Kristal

6 Nov 2017


Anak ketiga penyanyi Lan Kristal, Muhammad Akid Qassyaff, 3, menerima tujuh jahitan di dahi selepas terjatuh di rumahnya di Puchong, Selangor, petang semalam.

Isteri Lan, Nur Sheila Hassim, 32, berkata, dia dan Lan mendapat berita itu kira-kira jam 2 petang semalam ketika mereka baru tiba di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bagi persediaan membuat persembahan pada program Gegar Vaganza 4 (GV4) yang berlangsung malam tadi.

Saya menyangka ia hanya luka biasa, tetapi apabila emak menghantar gambar anak, saya lihat lukanya memang teruk.

Kami terus bergegas pulang dan membawa anak ke sebuah pusat perubatan di Bandar Sunway. Anak dimasukkan ke bilik pembedahan dan menerima tujuh jahitan,” katanya.

Sheila berkata, bagaimanapun Lan terpaksa bergegas semula ke Bukit Jalil untuk GV4 manakala proses rawatan anaknya hanya selesai pada jam 9.20 malam tadi.

Memandangkan hari ini (semalam) hari cuti hujung minggu, jadi jururawat bertugas terpaksa menunggu doktor ‘on call’ tiba. Sebelum itu, anak di masukkan ke wad biasa bagi mencuci luka berkenaan.

Sheila berkata, anaknya mula sedar kira-kira jam 1 pagi tadi dan sudah dibenarkan pulang pagi hari ini.

Apa pun, saya bersyukur semuanya sudah selamat walaupun pada mulanya agak cemas juga,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "