Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tak Malu Pun Ambil SPM Sampai Tiga Kali, Saya Mahu Majukan Diri

7 Nov 2017


Kuala Lumpur: Tidak pernah mengenal erti putus asa biarpun serba kekurangan. Itu semangat gigih yang dapat dilihat pada  seorang penghidap Cerebral Palsy (CP) Mohd Saad Abizal, 34, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Melayu, kali ketiga semalam.

Keputusan SPM saya pada tahun 2000, kurang memberangsangkan cuma lulus cukup makan saja. Namun, apabila syarat kenaikan pangkat memerlukan kredit dalam Bahasa Melayu, saya tiada pilihan selain mengambil semula peperiksaan itu.

Menurut lelaki ini, dia sanggup membuang perasaan malu mengulangi SPM berikutan mahu memperoleh kelulusan dengan kredit bagi subjek berkenaan untuk melayakkannya dinaikkan pangkat daripada pembantu operasi kepada kerani di sebuah agensi kerajaan.

Ini kali ketiga saya mengulangi kertas Bahasa Melayu selepas dua kali percubaan saya hanya sekadar lulus tanpa kredit,” katanya.

Dia merupakan satu-satunya calon persendirian yang mengambil Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak di sini, semalam.

Mohd Saad berkata, tindakannya mengambil peperiksaan itu selama tiga kali didorong ibu dan bapanya selepas menyedari hanya pendidikan boleh mengubah nasib mereka sekeluarga.

Selain sibuk dengan tugasan di pejabat pada siang hari, saya juga menjual ikan pada waktu malam bagi menambah pendapatan.

Walaupun pergerakan terbatas kerana kaki cacat manakala pertuturan kurang jelas, saya tidak mahu terus selesa dalam keadaan sekarang sebaliknya memajukan diri seperti insan normal lain.

Selain syarat kenaikan pangkat, saya juga mahu menggunakan keputusan peperiksaan itu untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini,” katanya yang mahu menjadi pensyarah.

Selepas tamat waktu kerja, saya meluangkan masa kira-kira tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dengan bantuan buku rujukan mahupun Internet,”

Kali ini dia membuat persediaan lebih awal dan rapi bagi memastikan mampu mencapai keputusan cemerlang yang dimahukan, katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "