Bagi golongan muda yang berhasrat untuk memiliki sebuah rumah mampu milik di Kuala Lumpur, disamping mengekalkan ciri-ciri Islamik, apa kata anda intai-intai Projek Perumahan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) di Residensi Hektar Gombak sebagai pilihan utama anda untuk membeli rumah.
Selain seni binanya yang luar biasa hebatnya, Residensi Hektar Gombak juga menjanjikan suatu perspektif baru dalam arena pembangunan perumahan masa kini.
Apa yang uniknya dengan rekaan Residensi Hektar Gombak?
Residensi Hektar Gombak menerap nilai Islamik dalam ciptaannya kali ini, khusus untuk orang Melayu. Selain menggabungkan rekabentuk geometri dan struktur yang diilhamkan dari corak dan kesenian, motif budaya, tradisi dan nilai Islam, lambang gerbang dan pavilion juga menjadi simbolik motif Islam yang tak lapuk dek zaman.
Sukar untuk dipercayai, pada harga hanya RM299,900, anda sudah boleh memiliki sebuah rumah mampu milik berdekatan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan ke tempat-tempat lain di Lembah Klang berbanding kondominium seumpamanya yang berada disekitar pada harga mencecah RM500,000.
Dalam penstrukturan perumahan ini, pihak pemaju Hektar Aneka Sdn Bhd telah menyediakan hampir 33 kemudahan kepada mereka yang ingin memiliki rumah idaman mereka termasuklah kemudahan bilik kuliah bagi pengajaran Al-Quran dan agama serta tempat untuk pengurusan dan pentadbiran jenazah.
Memandangkan kedudukannya yang strategik dan mempunyai akses ke jalan-jalan utama di Gombak dan Bandar Kuala Lumpur, pastinya ia akan memudahkan lagi penghuni di Residensi Hektar Gombak untuk bergerak.
Untuk memiliki unit rumah di Residensi Hektar Gombak di bawah skim RUMAWIP ini anda mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas di mana gaji bulanan mestilah dibawah RM10,000 (bujang) dan RM15,000 (suami dan isteri), dan mestilah menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ternyata unit yang ditawarkan ini merupakan satu perlaburan yang bijak untuk masa hadapan, dengan sewa yang agak mahal dan harga rumah yang bawah harga pasaran, amat rugi jika anda terutamanya golongan muda yang masih bujang atau sudah berkahwin yang ingin memiliki rumah pertama.
Untuk memiliki unit anda, anda boleh hadir ke Pejabat Jualan dan Rumah Contoh yang dibuka pada setiap hari bermula 10 pagi hingga 6 petang atau boleh hubungi 012-328 8377 atau 012-328 8307 untuk maklumat lanjut atau kunjungi www.residensihektargombak.com.my/landing
Bagi mereka yang mahukan kediaman yang mempunyai persekitaran yang positif dari segi fizikal, mental dan spiritual, Residensi Hektar Gombak menjadi jawapannya. Setiap aspek begitu dititik beratkan kepada penghuni rumah ini nanti.
Sebanyak 2,400 unit rumah yang disediakan dengan keluasan 850 sqft dijangkakan bakal siap sepenuhnya pada 31 Disember 2021. Terdapat dua jenis pelan disediakan yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, balkoni, dapur serta halaman.
Galeri Gambar