Pelajar Mengakui Rancang Bom Festivel Beer, Sepatutnya Duduki STPM Esok
Kota Bharu - Seorang pelajar tingkatan 6 yang dipercayai merancang serangan ke atas Better Beer Festival mengaku bersalah di mahkamah sesyen hari ini atas tuduhan memiliki dua biji bom
Lelaki berusia 19 tahun itu turut berhadapan dengan empat pertuduhan lain yang berkaitan dengan penglibatan dalam kumpulan pengganas Daesh.
Tertuduh yang sepatutnya menduduki STPM esok didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1971 kerana memiliki dua butir bom 'improvised explosive device' buatan sendiri di sebuah rumah di Pasir Puteh, pada jam 6.05 petang, 10 Oktober lalu.
Pelajar itu turut didakwa memberi latihan menerusi WhatsApp; hadir di tempat latihan pengganas; memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas serta memiliki gambar, video dan dokumen bersabit kumpulan pengganas tersebut.
Tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan terhadap keempat-empat tuduhan tersebut.
Sumber: Sinar Harian
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877