Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Siti Nurhaliza Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

4 Nov 2017

Penyanyi popular tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi tersenarai sebagai sebagai seorang daripada 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia, kali ketiga berturut-turut.

Kali pertama namanya tersenarai dalam The Muslim 500 : The World's 500 Most Influential Muslim pada tahun 2016, pelontar suara untuk pelbagai lagu hit antaranya Biarlah Rahsia ini sekali lagi tersenarai untuk tahun ini dalam kategori kesenian dan kebudayaan.

Alhamdullillah, semuanya dari Allah SWT.. #Repost @rozisangdewi ・・・ Alhamdulillah. Tahniah @ctdk. Adakala sesuatu datang kala kita sedang rehat, berdiam dan tiba saat kita tenang dan tak berbuat apa-apa. Justeru yang pernah, sedang dan bakal kita lakukan adalah jariah-jariah yang tak dicanang tapi dilihat dengan mata hati. #Repost @nurdanishazhar (@get_repost) ・・・ Congratulations to YBhg.Dato'Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin @ctdk for being listed again in The Muslim 500,The World's 500 Most Influential Muslims. It has been 3 years in a row YBhg.Dato'Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin name is being listed in it. Her name is added in is being added in 1)The World's 500 Most Influential Muslims 2016 2)The World's 500 Most Influential Muslims 2017 3)The World's 500 Most Influential Muslims 2018 once again Congratulations Mak Ito for being listed again......I am really proud of u Mak Iti @ctdk as being listed in the list again Dato'Sri Hajjah Siti Nurhaliza Tarudin is listed among The World's 500 Most Influential Muslim in the category of arts and cultural #NurDanishAzharNDA #LotsOfLove #LessOfHates
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

"Alhamdulillah kerana tahun ini saya tersenarai bagi tahun yang ketiga. Ia tentu saja penghormatan besar buat diri saya.

"Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.

"Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.

"Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua," kata Siti.

Ujarnya lagi, segala pencapaian dan penghargaan yang diterimanya adalah berkat usaha serta sokongan insan tersayang, termasuklah peminat-peminatnya.

Selain berita gembira mengenai kehamilannya, pengiktarafan yang diberi ini ternyata adalah berita baik untuk Siti sekali lagi tahun ini.


13 Oktober lalu, sehari selepas Siti mendedahkan kehamilannya kepada orang ramai, lagu Seluruh Cinta yang didendangkan bersama-sama dengan Cakra Khan pula diumumkan sebagai pemenang kategori Lagu Tema Sinetron Tersilet yang meraih anugerah tersebut atas kapasiti lagu tema drama Cahaya Hati yang disiarkan di negara jiran itu.

Ketika mengulas mengenai kehamilannya yang sudah memasuki 5 bulan, Siti bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik oleh-Nya.

"Saya tidak mengidam yang bukan-bukan sangat. Alhamdulillah," katanya ringkas.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. Mari bergabung ngan saye di www*fansbetting*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam
  3. join yuk guys di areatoto.com
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    minimal deposit 20 ribu dan withdraw 50 ribu
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

  5. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  6. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "