Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kecewa Di "Boo" Penyokong Kedah, Pemuda UMNO Negeri Solidariti Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA

6 Nov 2017
3 ulasan

Alor Setar- Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini menyatakan solidariti memohon supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta seluruh kepemimpinan UMNO negeri termasuk barisan Exco menimbangkan kemungkinan melepaskan jawatan disandang dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan serta-merta.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, cadangan itu dibuat atas dasar menjaga nama baik parti yang sering dijadikan kambing hitam oleh pihak berkepentingan yang menjadikan bola sepak sebagai medan mencetuskan amarah serta meraih simpati politik.

Tindakan para penyokong yang 'mengeboo' Ahmad Bashah di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia kelmarin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat mengecewakan ketika beliau (Ahmad Bashah) melakukan pelbagai usaha antaranya mencari dana berjumlah RM54 juta dalam tempoh dua tahun untuk pengurusan pasukan dan kebajikan pemain.

"Bukan itu saja, malah beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mempertahankan harga tiket di Stadium Darul Aman pada kadar terendah berbanding di tempat-tempat lain untuk penyokong.

"Tetapi pengorbanan dan jasa beliau tidak langsung dikenang dan dihargai sehingga mereka memalukannya di stadium tempoh hari. Justeru kami percaya, adalah lebih baik beliau serta seluruh kepemimpinan UMNO Kedah termasuk mana-mana Exco yang menyandang jawatan lain seperti Setiausaha Kehormat serta Bendahari KFA melepaskan jawatan," katanya.


Mengulas lanjut katanya, kepemimpinan Pemuda UMNO negeri juga menuntut supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mengenai kewujudan kain rentang gergasi tertulis perkataan 'haters' yang dibentangkan para penyokong JDT sewaktu lagu rasmi negeri, Allah Selamat Sultan dimainkan di Stadium Shah Alam kelmarin.

"Benar, perkataan haters itu boleh ditujukan kepada sesiapa saja tetapi kami mempersoalkan mengapa mereka membentangkan kain rentang gergasi itu ketika lagu negeri dimainkan. Tindakan itu jelas menunjukkan niat tidak baik dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di pentas utama.

"Kami hairan bagaimana kain rentang berbentuk provokasi sebesar itu boleh melepasi kawalan keselamatan sedangkan terdapat undang-undang yang menghalang kain-kain rentang berbentuk provokasi daripada dibawa ke dalam stadium. Adakah terdapat keistimewaan atau ada pihak takut dengan individu tertentu hingga mereka boleh membawa kain rentang sebesar itu masuk ke stadium?"

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kesemua 15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri di Hotel TH di sini, hari ini.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "