Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Buat Sendiri Bekas Hidroponik Dengan Guna Barang-Barang Murah Dibeli Di Daiso

21 Okt 2017
3 ulasan

Sistem tanaman hidroponik sememangnya kaedah penanaman yang paling idela bagi mereka yang minat berkebun tetapi tiada masa ataupun mempunyai ruang tanaman yang terhad. Kaedah ini tidak memerlukan kawasan tanah lazimnya selain tidak perlu membaja atau menyiram setiap hari. Ini kerana teknik hidroponik memerlukan sebuah takungan bagi menempatkan air yang sudah dicampur dengan baja yang berfungsi sebagai medium tumbesaran. Anda hanya perlu memastikan air tersebut tidak kering dan menambahnya sekali-sekala.

Tetapi, untuk menyediakan set hidroponik ataupun membeli yang sudah siap, ianya melibatkan kos yang agak tinggi. Harga satu set bekas hidroponik adalah dalam lingkungan RM 25 hingga RM 70. Namun seorang lelaki telah berkongsi tips mudah untuk membuat sendiri set bekas hidroponik, bukan itu sahaja kosnya pun murah. Ada barang-barang ini, anda boleh "D.I.Y'' sendiri di rumah.

Barang- barang yang diperlukan untuk membina satu set bekas hidroponik adalah :

1. 1 biji pasu dibeli di Daiso (atau mana-mana sahaja)

2. 1 keping Styrofoam

3. 10 cawan hidroponik atau bekas cawan minuman


Peralatan untuk membina set tersebut pula adalah :

1. Pembaris

2. Pisau

3. Dawai yang dibentuk bulat ( buat sendiri)

Cara-caranya adalah :

1. Ukur saiz pasu yang hendak diguna sebagai bekas takungan, kemudian pindahkan ukuran tersebut ke atas styrofoam untuk dijadikan sebagai penutup pasu dan pemegang cawan hidroponik nanti.


2. Potong ukuran yang telah dipindahkan ke atas styrofoam tadi.



3. Susun kedudukan cawan di atas styrofoam kemudian tandakan saiz cawan tersebut. Pastikan kawasan yang ditanda sama besar dengan dawai yang dibentuk bulat tadi, Manakala dawai yang dibentuk bulat sama dengan saiz mulut cawan.


4. Panaskan dawai penebuk (dawai dibentuk bulat) kemudian tebuk kawasan yang ditanda dengan saiz cawan di atas styrofoam tadi.


5. Potong kawasan bucu styrofoam supaya lebih mudah untuk dimuatkan dengan pasu.


6. Letakkan styrofoam tadi di atas bekas pasu kemudian susun cawan hidroponik di atas kawasan yang ditebuk. Set bekas hidroponik sedia untuk digunakan.




Sumber : Impiana, Anggi Nosaffri
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "