Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ulasan Tentang Huawei Nova 2i Yang Sedang Hangat Diperkatakan Sebagai Telefon Paling Berbaloi Di Pasaran Ketika Ini

19 Okt 2017
Jika anda sedang mencari telefon pintar bajet value for money dengan rekaan dan ciri seperti telefon flagship, inilah telefon yang anda cari selama ini.


Huawei Nova 2i dibina dengan rekaan luaran premium untuk memberikan keselesaan pegangan tangan untuk pengguna. Ianya memiliki paparan skrin bersaiz 5.9 inci dengan nisbah skrin 18:9 yang sangat besar untuk kepuasan ketika menonton video dan penggunaan harian. Ianya juga merupakan peranti pertama dari Huawei yang mengetengahkan rekaan FullView dengan paparan HD penuh.


Rekaan lengkung di setiap bucu memperlihatkan rekaan seperti iPhone dan dibahagian belakang memperlihatkan tetapan dwi-kamera dan pengimbas cap cari yang juga mirip seperti Huawei Mate 9. Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang memalukan kerana pada pendapat kami, jika ianya sedap mata memandang, sedap untuk dipegang, apa salahnya kan?.


Peranti ini dimuatkan dengan cip pemprosesan dari Huawei sendiri, Kirin 659 bersama lapan teras pada kadar kelajuan 2.36 GHz didokong pula dengan saiz RAM bersaiz 4GB. Ianya sudah cukup untuk memastikan penggunaan harian dan gaming keras tanpa pengguna menghadapi sebarang masalah. 


Ianya dijalankan dengan system operasi Android Nougat ditambah dengan antara muka dari Huawei iaitu EMUI 5.1. Pada pendapat kami, peranti ini sangat lancar untuk penggunaan harian seperti melayari internet dan media sosial tanpa sebarang gangguan.


Dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,340 mAh, peranti ini berkeupayaan untuk penggunaan seharian dengan satu kali cas. Namun, Huawei tidak menyertakan ciri pengecasan pantas untuk peranti ini. 


Yang menjadi perhatian tentang Nova 2i ini adalah tetapan dwi-kamera di hadapan dan di belakangnya. Tidak banyak lagi peranti ketika ini yang menawarkan tetapan 4 kamera di pasaran. Ianya menggunapakai lensa 16MP bersama lensa 2MP untuk kamera utama manakala 13MP dan 2MP di bahagian hadapan.

Jika dilihat pada hasil gambar yang diambil dengan peranti ini, kita dapat lihat peranti ini mampu mengambil gambar yang agak memberangsangkan. Walaupun warna gambar sedikit lembut, namun dari segi ketajaman, ianya boleh diterima. 







Dengan tetapan dwi-kamera, maka pengguna boleh menghasilkan gambar ‘bokeh’. Bokeh merupakan satu teknik yang sering digunapakai oleh pengguna DSLR untuk menghasilkan gambar dengan latar belakang kabur dengan hanya memfokuskan pada objek di bahagian depan. Nampak seperti objek tersebut timbul dan hidup.

Tetapi semenjak Huawei P9, telefon pintar kini sudah mampu membawakan efek ‘bokeh’ dengan menggunakan tetapan dwi-kamera dibantu dengan aturcara perisian.

Malah pengguna turut mampu melaraskan efek ‘bokeh’ selepas gambar diambil. Tetapi pada pendapat kami, gambar ‘bokeh’ yang dihasilkan tidak begitu tajam di bahagian sisi objek. Namun jika dibandingkan dengan telefon kelas pertengahan yang lain, Ianya sudah cukup memuaskan.





Pada waktu malam juga gambar yang dihasilkan kurang sempurna. Gambar tidak begitu tajam dan dapat dilihat noise di latar belakang. Akan tetapi, noise yang dihasilkan tidaklah begitu ketara di mata kasar.






Namun harus diingatkan, Nova 2 i dipasarkan sebagai telefon pertengahan, jadi tidak adil untuk membandingkannya dengan keupayaan kamera pada peranti flagship yang lain seperti P10 Plus dan Mate 10 yang menggunakan sensor Leica.


Peranti ini didagangkan ke pasaran pada harga RM 1299 dengan tiga variasi warna iaitu Aurora Blue, Graphite Black, dan Prestige Gold. Jadi berbaloi atau tidak untuk memiliki Nova 2i? Pada pendapat kami, ya, ianya sangat berbaloi untuk dimiliki.


Prestasi Nova 2i adalah sesuatu yang harus dipuji. Anda tidak akan diselubungi dengan ‘lag’ yang menjengkelkan. Pengimbas cap jarinya juga adalah sangat pantas. Ketahanan bateri selama seharian, malah anda mampu mengambil gambar bokeh di kedua-dua kamera utama dan selfie. Yang paling penting sekali, peranti ini memiliki ciri seperti flagship pada takuk harga mampu milik.

Pada yang berminat, anda boleh dapatkan Huawei Nova 2i di Huawei Experience Store atau lawati Vmall.my untuk mendapatkannya secara online.

Diulas & ditulis oleh: Wiser.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kecewa dengan agen online game yang lain?
    Daftar disini aja, buruan u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam
  4. nak beli smartphone yang ada dual camera tak semestinya budget harga sampai ribu ringgit.. ada beberapa smartphone yg bagus pada harga sgt berbaloi dan ada yg siap ada dual lense / camera belakang..
    cuba search → smartphone terbaik bawah RM500 ada dual lense

    BalasPadam
  5. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "