Shahir Mahu Tarik Diri Dari Konset Akhir AF Megastar
Setelah kecoh dengan beberapa kontroversi, peserta akhir AF Megestar, Shahir Zawawi menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada pertandingan itu yang akan berlangsung pada Ahad ini.
Dia yang telah berkongsi berita itu melalui laman sosial Instagramnya.
Dalam kenyataan itu juga, Shahir memilih menarik diri selepas menganggap kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi sebagai satu sabotaj.
Shahir turut menegaskan ada pihak cuba menutup periuk nasinya sehingga dia tergerak hati untuk menarik diri daripada program itu.
"Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.
"Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar," tulisnya.
Sebelum ini, gambar Shahir dan Mimi tular di media sosial sehingga penyanyi terbabit menjelaskan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu sekadar peminatnya.
Sementara itu, Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran apabila tidak mengakui mereka berkawan sejak sebulan lalu.
Shahir akan berentap dengan empat finalis iaitu, Idayu, Marsha, Bob dan Syamel dalam pentas akhir AF Megastar nanti.
Sumber - Harian Metro
Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
BalasPadamKontak bbm 7ACD8560 :D
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877