Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Tanya Kenapa Sejak Pakai Braces, Gigi Saya Sakit Dan Makin Terkeluar, Terus Dia Blok Di Instagram

14 Okt 2017
One Comment

Baru-baru ni kecoh dengan isu ''doktor youtube'' yang didenda RM 70 ribu kerana menjalankan perniagaan perkhidmatan memasang pendakap gigi atau braces tanpa lesen. Dah la tiada lesen, kelayakkan sebagai ahli perubatan pun tiada. Ramai yang mengecam ''doktor youtube'' ni, tak kurang juga yang menyokong. Masing-masing dengan pendapat masing-masing.

Seorang Doktor gigi, Dr Nor'Aini Zulkifli tampil berkongsi pengalamannya menangani kes pesakit yang menderita akibat mendapat perkhidmatan pendakap gigi palsu ini. Dia juga berkongsi pendapatnya mengapa orang ramai terutamanya ahli perubatan menentang keras dengan kes baru-baru ini. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

Situasi pesakit fake braces di klinik 

( Testimoni yang jarang-jarang didendangkan oleh si penipu)

Segala yang dikongsi mendapat kebenaran bertulis dan lisan dari pesakit sendiri.

Seorang pesakit berusia lebih kurang dalam 20-an datang ke klinik (kes dalam minggu ni) dengan aduan sakit kepala berpanjangan beserta sakit di rahang kiri dan kanan semenjak memakai fake braces. 

Sakit kepala terasa sampai di bahagian belakang kepala. Dia meminta bantuan agar membuka braces tiruan (fake/real braces) yang telah beliau pakai sejak 6 bulan lepas tanpa "servis" ( ni yang doktor-doktor youtube claim nak servis make a call). Tempat kejadian di Seremban, buat di rumah pelaku. Rekemen dari kawan-kawan kolej kata akak ni bagus.

Ni adalah perbualan antara saya dan pesakit

Saya, ''Kenapa adik tak pergi kembali pada si pelaku suruh dia buka?''

Pesakit, ''Saya dah try call and cari dekat Instagram dia tapi dia dah block saya mungkin sebab saya tanya kenapa gigi saya makin terkeluar terus dia tak jawab-jawab. Saya tidak selesa dengan sakit di kepala dan terasa di kiri kanan rahang saya.''

Saya, ''Tau kan dia bukan doktor, kenapa buat juga?''

Pesakit, ''Kawan rekemen kata bagus. Saya cuba. Asalnya nak betulkan gigi depan yang senget ni tapi makin kedalam dan senget juga.''

Hasil pemeriksaan dalam mulut

1) Midline lari.

2) Scissor bite pada bahagian kanan (gigi belah kanan atas dah nak keluar dari landasan asal, kalau biar lama lagi jadi straight habis la).

3) Gigitan tidak stabil. Banyak aturan gigi jadi salah ( sebab tu rasa sakit sampai ke rahang kiri dan kanan kalau biar lama lagi tak tau la jadi apa.


Ni pict sebelum buka, braket atas terus letak power chain, no arch wire. Lepas tu pasang just dari 15 till 24 (geraham kecil kedua kanan ke geraham kecil pertama kiri), mana ada orang pasang separuh jalan.

Braket bawah pun sama separuh jalan. Braket end up dekat gigi premolar, tunggu lama lagi jadi straight habis la ni. Midline lari ( yang saya bulatkan tu). Kesimpulan dia gigi jadi lagi tidak teratur. Kesian kat mangsa-mangsa mereka ni.


Ni sebab kenapa dan mengapa kami bersuara lantang marah dengan kes baru-baru ni. Akibat dari perbuatan "intelligent person" seperti ini pesakit terpaksa tanggung akibatnya. Pelaku mana nak keluarkan testimoni buruk-buruk macam ni nanti diorang claim tutup periuk nasi diorang la.

Kepada si pelaku, saya nasihatkan anda cuci tangan segera, buat sahaja kerja make up kau jangan sibuk nak betulkan gigi orang .Takda la murah mana RM 800 jugak, hasilnya fikir-fikir la sendiri.


Saya dah nasihatkan adik ni kalau nak tuntut ganti rugi sebab rasa ditipu minta tolong dengan Persatuan Pengguna ya.


Tuntut balik kos untuk betulkan balik gigi adik ni. Ingat dik please report polis ya. Tiada term "simple braces". Kalau dah start nak pakai pendakap gigi ni dia tak semudah ABC. Banyak aspek perlu diberi perhatian.

Saya yang dentist biasa ni pun tak berani nak buat sebab bukan senang bila dah bergerak gigi tu anda perlu bertanggungjawab sampai treatment tu habis.


Selepas buka, Scissor bite ( gigi atas kanan lari jauh keluar dari landasan sepatutnya).


Complain asal gigi yg bertanda senget tp pakai tak lurus-lurus makin kedalam ja senget kekal. Gigitan tidak kemas.



Gigi bertanda keluar dari landasan asal

Pakai braces ni benda yang complex, setakat tengok Youtube tempek-tempek letak simen, budak tadika pun boleh. Jadi kesimpulannya, jangan la jadi mangsa kepada si penipu-penipu ni. Mana-mana yang sokong sangat tu silalah serahkan gigi anda pada mereka lepas tu tengok la diorang nak bertanggungjawab ke tak bila dah jadi mcm adik ni.

Adik ni beruntung sebab die tersedar awal.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran dan bermanfaat untuk orang ramai.

Kredit : Dr Nor'Aini Zulkifli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "