Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Pun Sedih Dan Terkilan," Respon Datuk Nassier Wahab Tentang Penahanan Boy Iman

3 Okt 2017
One Comment

Penyanyi Datuk Nassier Wahab melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan kekecohan yang melanda syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga menyebabkan pelakon itu ditahan polis.

Beliau yang dilantik menjadi duta kepada syarikat rumah murah itu tidak menyanfkan di mana semua berlaku adalah diluar jangkaan dan berjanji akan mencari jalan terbaik menyelesaikannya.

"Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. 

"Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya. Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

"Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

"Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan," ujarnya kepada mStar Online, Selasa.


Beliau menyatakan demikian ketika diminta untuk mengulas penahanan Boy iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua yang lain bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Nassier, dia berharap segala kekecohan ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

"Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat disesesaikan segera," ujarnya.

Pihak polis sebelum ini telah mengesakah menerima188 laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "