Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Tidak Cukup Wang Untuk Buat Simpanan

12 Okt 2017
One Comment

Rakyat Malaysia tidak memiliki baki wang untuk dibuat simpanan selepas terpaksa membayar pelbagai bil, pinjaman dan cukai.

"Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.

"Tetapi jumlah perbelanjaan isu rumah bulanan purata turut meningkat daripada RM3,578 pada 2014 kepada RM4,033 pada 2016, naik sebanyak enam peratus," kata Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, Datuk Chua Tia Guan.

Menurut Datuk Chua Tia Guan, sudah tentu amar sukar bagi golongan berpendapatan rendah dan pertengahan untuk menabung kerana pendapat kecil yang diterima mereka juga perlu digunakan untuk kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

"Kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan," kata pakar ekonomi ini kepada China Press.

Tian Guan mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi,

"Peranan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti rakyat juga penting kerana apabila ia berlaku, sekali gus akan menambahkan pendapatan negara dan secara langsung pendapatan pekerja (rakyat) pun bertambah," katanya yang dipetik dari laporan Sinar Harian.

Sumber- Sinar Harian Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "