Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peluang Kerja Kosong Dan Cuba Simulator Tren Berkelajuan Tinggi di Pameran Pengangkutan Awam Darat SPAD 2017 Pada Ahad Dan Isnin Ini.

20 Okt 2017
2 ulasan

Kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melancar dan menyelaraskan fungsi sistem pengangkutan darat negara.

Maksudnya,  perkhidmatan Bas, Teksi, Kenderaan Barangan, Kereta api dan perkhidmatan rel seperti MRT, KTM, Monorel dan sebagainya adalah di bawah bidang kuasa SPAD.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengajak orang ramai untuk hadir bersama-sama ke Pameran Pengangkutan Awam Darat SPAD 2017 yang bakal diadakan di Grand Ballroom 1 & 2, Aras 3, Kuala Lumpur Convention Centre pada 22 hingga 23 Oktober 2017 ini untuk menerokai dunia pengangkutan awam darat yang membawa impak positif kepada semua pengguna.

Apa yang paling menarik mengenai pameran ini ialah, jika anda sedang mencari pekerjaan ataupun berminat dengan kerja di bawah industri pengangkutan awam darat, anda boleh mencari peluang pekerjaan di sini. Agensi-agensi dari industri ini seperti Prasarana, MRT Corporation, myHSR, Express Rail Link (ERL) dan Malaysia Rail Link (MRL) dan SPAD  akan turut serta. 


Bagi mereka yang meminati atau pun teringin merasai pengalaman untuk membawa simulator tren berkelajuan tinggi, anda dijemput merasa sendiri kelajuan simulator tren berkelajuan tinggi dari China, Jepun dan Korea yang dibawa khas untuk pameran ini. Memang tidak akan dijumpai di mana-mana lokasi lain di dalam Malaysia.



Pameran ini akan diserikan lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di mana anda akan dihiburkan dengan keletah-keletah penyampai HotFM iaitu Ajak Shiro pada 22 Oktober (11am – 1pm), Fizie pada 22 Oktober (3pm – 5pm) dan Issey pada 23 Oktober (11am – 1pm). Juga ada selebriti terkenal, Awal Ashaari yang akan membuat tampilan khas pada 22 Oktober (5.30pm – 6.30pm). 


Bagi mereka yang masih tertanya-tanya akan projek-projek seperti tren berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL); di sini anda akan memperoleh jawapannya 


Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM200,000 juga menanti orang ramai yang hadir ke pameran ini termasuk pakej percutian ke Beijing dan Korea. Masuk adalah PERCUMA.




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungannya disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g,
    Kontak bbm 7ACD8560 :D

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "