Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jangan Kata Tetanus. Aduh.'', Kisah Pesakit Tak Mahu Terima Suntikan Vaksin Elak Kancing Gigi Akhirnya Mati

21 Okt 2017

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak ingin anaknya diberi vaksi atas pelbagai alasan, sama ada risau dengan status halalnya atau berpendapat kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan vaksin. Selalunya golongan ini digelar sebagai anti-vaksin. Kita pun jarang mendengar adanya individu menderita akibat enggan disuntik.

Namun lain pula dengan kisah ini. Seorang wanita pengamal perubatan bernama Dr Najihah Abh telah berkongsi pengalamannya sebagai doktor dalam menangani pesakit yang kemalangan telah diserang kancing gigi akibat tidak pernah menerima suntikan vaksin. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

''I nak discuss satu kes dengan u boleh tak?''

''Kenapa?''

''I ada sorang patient. Datang complain tak boleh buka mulut sepenuhnya dan sakit belakang. I ingat extrapyramidal syndrome tapi dah bagi ubat lama pun tak hilang lagi.''

''Hmm.. takpelah. U letak la kat sini. Biar i settle kan.'' Melihat mukanya yang serabut tak tau nak buat apa dengan patient tu, aku suruh dia letak pesakit tu di yellow zone.

Lalu pesakit didekati.

''Cik, hari ni datang sebab apa ye?'' Tanyaku pada kawan yg menemani.

''Dia tak boleh buka mulut sepenuhnya. Tiba-tiba je pagi tadi. Lepas tu dia sakit belakang sangat-sangat.''

Mulut pesakit pun diperiksa. Semuanya normal kecuali dia tak mampu buka mulut sepenuhnya. Tiba-tiba perasan lutut kakinya berbalut.

''Kaki ni kenapa ye?''

''Dia ada accident minggu lepas.''

''Accident macam mana? Saya periksa sikit eh.'' Melihat lukanya yang sangat kotor dan bernanah, terus rasa tak sedap hati.

''Jangan kata tetanus. Aduh.'' Dalam hati.

Terus rasa berdebar. Berdebar sebab tak pernah jumpa. Berdebar sebab baru je belajar beberapa hari sebelumnya.

''Lepas accident tu ada pergi klinik cucuk ubat tak?''

''Takde.''

Ohmai. Foreigner. Unknown vaccination status. Tak dapat IM ATT.

Bukan satu petanda yang baik.

Cek tulang belakang semua normal. Tekan bahagian tulang, tak sakit. Tapi bila suruh dia ubah posisi dari baring ke duduk, pesakit akan bergerak dengan muka yang sangat berkerut. Aku yang jadi pening. Sebab tak tau kat mana punca sakitnya. Pening. Sebab kenapa lepas seminggu accident, baru hari ni nak sakit sangat.

''Takpelah. Saya cucuk ubat tahan sakit dulu eh. Nanti kita tengok ada kurang tak.''

Lepas beberapa ketika, keadaan pesakit tetap sama. Hasil darah dan x-ray semua normal. Lepas serabut memerah otak, discuss dengan boss, akhirnya hanya satu diagnosis yang mampu aku tulis, ''Tetanus.''

Dua hari lepas kejadian, aku singgah wad. Untuk tahu perkembangan pesakit. Beberapa hari aku dihantui tentangnya. Terkejut. Baru dua hari lepas, dia boleh bercakap dengan aku. Boleh berjalan walaupun agak terseksa. Tiba-tiba hari ni dah tak sedarkan diri. Dah di intubate. Bernafas dengan mesin. Keadaannya sangat teruk berbanding dengan masa sampai. Berubah sebegitu rupa hanya dalam masa kurang dua hari.

Beberapa hari lepas tu, MO medical bagitau aku.

''Najihah, patient kau admit tu dah CPR sekali. Poor prognosis la.''

''Ye ke.'' Sedih. Walaupun the moment pt di diagnose tetanus, aku tau harapannya sangat tipis. Tapi sedikit sebanyak aku still berharap. Sebab dia datang ke hospital dalam peringkat awal. Dia datang bukan dengan typical signs of tetanus.

Dan semalam, berita yang ditakuti sampai ke pengetahuanku..

''Patient tetanus tu dah meninggal..''

Terkejut. In denial. Sedih. Serious sedih. Hanya dengan satu vaksin, yang cucuk semudah ABC, ia mampu menyelamatkan sebuah nyawa.

Teringat beberapa bulan lepas. Datang seorang pesakit yang baru lepas kemalangan. Tertulis di muka depan kad pesakit, 'refuse IM ATT.'

''Puan, tadi ada orang cucuk ubat tak?'' Bertanya.

''Takde.''

''Saya nak cucuk satu vaksin untuk elak kancing gigi boleh?''

''Takpela. Saya Taknak.''

''Kenapa ye puan? Takut jarum ke?'' Cuba memahami.

Setelah berdolak dalih, akhirnya dapat tahu dia seorang anti vaksin.

Setelah diterangkan satu demi satu komplikasi, mak tetap menolak. Lalu At Own Risk (AOR) form ditandatangani.

Masa tu, walaupun aku beriya menerangkan, dan aku tau apa komplikasi, tapi aku kurang merasai dengan hati. Sebab IM ATT tu benda yang dah cucuk setiap hari. Berapa banyak kes sehari yg kemalangan yang diberi IM ATT sebagai rutin. Tapi tak pernah sekali pun aku jumpa pesakit tetanus.
Hari ni, aku percaya dengan hati betapa pentingnya vaksin untuk mencegah sesuatu penyakit yang tak mampu atau sukar diubati.

Kerana aku sendiri menjadi saksi bagaimana keadaan pesakit semakin teruk dalam tempoh yang singkat. Walau diberi segala jenis ubat.

Bukan lagi sekadar percaya kerana ia tertulis dalam buku teks semata. Hari ni, aku percaya dengan hati. Kenapa aku susah nak jumpa tetanus? Sebab IM ATT tu rutin. So takde orang yang dapat. Percayalah, hanya dengan satu vaksin, yang cucuk semudah ABC, ia mampu menyelamatkan sebuah nyawa.

Sumber : Najihah Abh
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g, aman dan terpecaya :)

    BalasPadam
  2. AJOQQ agen judi poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    gampang menangnya dan banyak bonusnya :)
    ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "